• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diskaun 50 Peratus Langsai Pinjaman

oleh Ahmad Albab
25/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KELANA JAYA – Pelajar yang membuat pinjaman dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebelum tahun 2010, diberi diskaun 50 peratus untuk menyelesaikan baki pinjaman mereka.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata tawaran sempena ulang tahun ke-50 MARA itu terbuka untuk tempoh setahun bermula dari hari ini.

Beliau berkata, peminjam perlu menyelesaikan baki pinjaman semasa, sama ada menerusi permohonan pembiayaan persendirian untuk melangsaikan hutang mereka secara sekali gus bagi melayakkan pemberian diskaun berkenaan.

“Ketika ini MARA hanya beri diskaun pembayaran balik kepada pelajar yang pernah membuat pinjaman dari tahun 2010 hingga sekarang.

“Bagaimanapun, timbul rungutan daripada pelajar yang pernah membuat pinjaman melanjutkan pelajaran sebelum tahun 2010 kerana mereka tidak diberi faedah sama.

“Justeru, sempena ulang tahun MARA ke-50, kita beri diskaun 50 peratus kepada peminjam yang ingin melangsaikan hutang mereka secara sekali gus dan ia boleh dilaksanakan dalam tempoh setahun dari sekarang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri forum Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa (PERSADA), di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Datuk Dr. Dolbani Mijan; Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Norzaton Aimi Mohd Kassim dan bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan. – Berita Harian

Tags: Annuar MusaMARA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd