Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Piala AFF: 40,000 Tiket...

KUALA LUMPUR – Sebanyak 40,000 tiket untuk aksi final pertama Piala AFF Suzuki...

ASEAN Perlu Jelas, Tegas...

LANGKAWI - ASEAN perlu mempunyai hala tuju yang jelas, tindakan kolektif dan pendirian...

Polis Siasat Status ‘Sarawak...

KUCHING - Polis Sarawak meminta pengendali akaun Facebook 'Sarawak Update' untuk tampil membantu...

Pusat Beli-belah Alamanda Putrajaya...

PUTRAJAYA: Pusat beli-belah Alamanda yang juga antara pusat perniagaan pertama di Putrajaya akan...

“Kerana Lama-Lama Ia Mengundang Malu…” – Aliff Syukri

RAJA kosmetik dan pengasas kosmetik D’herbs, Datuk Alif Syukri mengakui kini dia mahu tampil lebih macho dan serius di dalam setiap iklan bagi memasarkan produknya.

“Dari sudut perniagaan, saya tidak mahu untuk terus tampil dengan gimik seperti dahulu. Umur juga hampir mencecah 30.

“Dan saya mahu tampil dengan personaliti baharu yang menampakkan gaya yang lebih macho serta berpakaian korporat.

“Sebenarnya, saya selalu memikirkan untuk melancarkan strategi baharu untuk perniagaan saya. Saya mahu produk saya menjadi nama besar di persada perniagaan.

“Tak mahu dilabel sebagai tin kosong, banyak bercakap tetapi tidak laku.”

Dia juga mengakui gimik ‘gedik’ yang menjadi strategi pemasarannya di iklan televisyen sering mengundang keseronokan tetapi lama-kelamaan ia mengundang perasaan malu.


“Sebelum ini saya berasa seronok dengan iklan yang ‘menggedik’ kerana bagi saya itu yang mendapat perhatian, tetapi kini saya mahu tampil dengan imej baharu.

“Ini kerana lama-lama ia tentu mengundang malu. Lebih-lebih lagi saya mempunyai isteri dan anak-anak.”  MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=2RaRF754BgQ]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori