Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Perbanyakkan Inisiatif Hospital Rakan...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru...

Lembaga Peperiksaan Nafi Guna...

PUTRAJAYA : Lembaga Peperiksaan (LP) menafikan dakwaan menggunakan pempengaruh TikTok sebagai pelontar suara...

Saksi Tarik Balik Laporan...

Seorang peniaga menarik balik laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, atau...

Kes Curi Telefon Di...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihukum penjara empat bulan dan denda RM1,000 oleh...

Viral Pas Penerbangan Tulisan Tangan, Rayani Air Beri Penjelasan

SUSULAN gambar pas penerbangan milik syarikat penerbangan Rayani Air yang menjadi viral kerana menggunakan tulisan tangan, akhirnya pihak yang berkenaan tampil memberikan penjelasan yang sebenar.

Anisah Azharuddin, Pengurus besar perhubungan awam Rayani Air menjelaskan perkara itu berlaku kerana sistem tidak dapat mencetak pas berkenaan kerana beberapa masalah teknikal.

“Ada penumpang mendaftar masuk selepas tengah malam pada 17 Mac lalu dan sistem tidak dapat mencetak pas berkenaan kerana dalam sistem, penerbangan itu telah dijadualkan berlepas pada 17 Mac. Sebab itu kami terpaksa menggunakan cara manual untuk mengeluarkan pas tersebut”

Dia juga memberi jaminan bahawa pas yang bertulis tangan itu menggunakan pas menaiki pesawat kosong rasmi milik Rayani Air dan ia telah disahkan oleh pihak berkuasa penerbangan di lapangan terbang tersebut.


BACA: Rayani Air Punya Pas Pelepasan Hanya Guna Tulisan Tangan?

“Pihak kami menerima segala komen yang diberikan secara positif dan akan menambah baik prosedurkami, bukan ssahaja dari sudut patuh Syariah malah dari aspek yang lain termasuk teknikal dan servis yang diberikan. Kami menghargai komen yang diberikan”.

Dengan adanya penjelasan ini, pihak Rayani Air juga berharap imej syarikat penerbangan itu akan kembali pulih dan tidak lagi menjadikannya isu. -MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=iA1Sb3Jzzhk]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori