• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar Dikatakan iPhone 7 ‘Bocor’, Ada Kamera Berkembar

oleh AK-47
24/03/2016
dalam Gajet, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP tahun, Apple membawakan kemaskini produk iPhone dan untuk tahun ini ramai yang menantikan iPhone 7 yang dijangka akan diperkenalkan sekitar bulan September kelak.

Terbaharu, beberapa gambar gajet canggih itu telah tertiris di laman maya dan dikatakan, bentuk sebenar untuk iPhone generasi baharu.

Menurut laporan Metro.co, ia dilihat membawakan semula rekaan antena yang lebih kemas serta perkara pertama paling jelas kelihatan adalah kamera berkembar di panel belakang.

ipong

ipong4

ipong3

Kedua-dua kamera diletakkan dalam bonjolan yang agak besar dan terkeluar dari tubuh peranti serta tidak mempunyai saiz yang sama. Ini kerana ia menggunakan sistem yang sama seperti LG G5

Satu sensor kamera boleh digunakan untuk melakukan zoom manakala sebuah lagi kamera untuk mengambil gambar pada jarak dekat dan dilengkapi lensa sudut lebar.

Terdapat juga ura-ura panel belakang iPhone 7 akan diperbuat daripada seramik dan bukan lagi logam seperti pada iPhone 6S.

Jadi apakah pendapat peminat peranti Apple di kalangan pembaca Mynewshub mengenai sistem kamera berkembar ini? – MYNEWSHUB.CC

Tags: appleIphone 7
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Dedah Telefon Jadi Sasaran Pengintip – “Semoga Allah SWT Melindungi Kita Semua”

Onn Hafiz Dedah Telefon Jadi Sasaran Pengintip – “Semoga Allah SWT Melindungi Kita Semua”

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa telefon pintar yang dikaitkan dengan...

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

28/10/2024
0

JAKARTA: Indonesia melarang Apple Inc daripada menjual peranti iPhone 16 terbarunya di negara terbesar di Asia Tenggara itu, dengan alasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd