• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kalau Beginilah Caranya ‘Tembak’ Ikut Suka Hati… Kayalah!”

oleh AK-47
24/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pengguna Facebook, Muhammad Affandi Azmi, 27, meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) ekoran mengenakan saman padanya di atas kesalahan yang tidak dilakukan.

Menerusi pautan yang dimuat naik di halaman Facebooknya, Affandi menyatakan dia telah didakwa memandu secara laju melebihi had laju ditetapkan pada 7 Februari 2016 di KM70 Jalan Alor Setar – Butterworth, dan atas kesalahan itu juga, dia telah dikenakan saman sebanyak RM150.

saman7

Terkejut dengan saman yang diterima, pada 29 Februari lalu, Affandi telah pergi ke Ibu Pejabat Balai Trafik Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah bagi membuat semakan semula dan mendapati kereta yang disaman adalah kereta yang berlainan daripada kereta yang dimilikinya.

saman5

Malah, nombor pendaftaran kenderaan yang disaman juga ternyata jauh berbeza dari nombor pendaftaran kereta Perodua Viva miliknya.

“Gambar kenderaan yang dirakam oleh pihak trafik Kuala Muda pada 7 Februari 2016 itu bukan milik saya. Nombor pendaftaran yang ditunjukkan dalam gambar adalah PKR 4209, tetapi bukan nombor pendaftaran saya, PKY 2309.

“Selain itu, kenderaan dan warna kenderaan yang ditunjukkan dalam gambar itu adalah kenderaan jenama yang berlainan,” katanya dalam surat rayuan meminta pembatalan notis saman yang dihantar pada Ketua Polis Daerah Kuala Muda pada 29 Februari lalu.

saman

saman6

Bagaimanapun, maklum balas yang diberikan oleh balai berkenaan amat mengejutkan.

“Rayuan tidak diterima dan dikehendaki membayar mengikut kadar dalam sistem. Pembayaran saman boleh dibuat di mana-mana Kaunter Trafik yang berdekatan,” kata surat maklum balas itu.

tak terima boh

Memandangkan tiada cara lagi untuk pertahankan diri, Affandi memuat naik segala bukti termasuk surat dari balai berkenaan di laman Facebooknya yang sehingga kini, posting tersebut mendapat perkongsian lebih 1,300 di laman sosial sama.

“Tak tahu nak kata apa dah. Buang masa, buang duit. Kalian nilaikanlah sendiri. Dah buat rayuan, siap dengan bukti pun kena juga. Kalau beginilah caranya, ‘tembak’ ikut suka, kayalah jawabnya. Orang yang tak bersalah dihukum,” kata Affandi.-MYNEWSHUB.CC

Tags: aduan penggunakeretasaman
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik 'disekolahkan' secara depan-depan oleh calon Barisan Nasional (BN) berhubung perbezaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd