• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PABM 2016 Kian Sengit, 10 Peserta Mara Ke Separuh Akhir

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2016 (PABM 2016) menjalani peringkat suku akhir di Hotel RHR Uniten, di sini hari ini.

Daripada 20 peserta yang melepasi ujian saringan semalam, hanya 5 peserta terbaik dipilih pada hari ini untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Bagi kategori Antarabangsa, peserta yang terpilih ialah Megan Rose Donelly (Amerika Syarikat), Rebecca Clare Lawrance (Australia), Wang Jialu @ Aleeya (China), Hatsune Yanai (Jepun) dan Han Jun Beom (Korea Selatan).

SAM_4991
(Dari kiri): Rebecca Clare Lawrance (Australia), Wang Jialu @ Aleeya (China), Han Jun Beom (Korea Selatan), Hatsune Yanai (Jepun) dan Megan Rose Donelly (Amerika Syarikat).

Pada pertandingan tahun lalu, peserta dari Amerika Syarikat berjaya merangkul gelaran naib juara manakala peserta dari Australia menduduki tempat ketiga.

Bagi Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia pula peserta yang terpilih ke peringkat seterusnya ialah Mashal Kasem Alqudah (Iraq) yang mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nasear Slayman dari Kemboja (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia – UIAM), Hassan Radwan dari Palestin (UIAM), Abdalla Hassan Gharib dari Tanzania (Universiti Malaysia Sarawak – UNiMAS) dan Anas Mohammad Husian Kassim dari Iraq (Universiti Malaysia Perlis – UNiMAP).

SAM_5019
(Dari kiri): Abdalla Hassan Gharib dari Tanzania (Universiti Malaysia Sarawak – UNiMAS), Mashal Kasem Alqudah (Iraq) yang mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anas Mohammad Husian Kassim dari Iraq (Universiti Malaysia Pahang – UMP), Hassan Radwan dari Palestin (UIAM) dan Nasear Slayman dari Kemboja (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia – UIAM).

Pelajar tahun akhir di UiTM, Muhammad Haziq Jamaludin dan Irfan Mohammad Fairus (Malaysia) pula diumumkan sebagai peserta yang terpilih ke peringkat separuh akhir bagi kategori Alam Melayu bersama tiga peserta lain iaitu Nur Afiqah Binti Mokhtar Kamarudin (Singapura), Muhammad Sa’mae (Thailand) dan Siti Nazurah Syamim Binti MD. Yussof (Brunei).

Peringkat separuh akhir akan diadakan bagi setiap kategori di tempat yang sama esok, untuk memilih peserta yang layak ke peringkat akhir yang dijadualkan pada Jumaat ini.

Kemuncak PABM 2016 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) akan turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: antarabangsaPABM 2016pertandinganpidato
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Polis Rampas Dadah RM1.04 Bilion, Lumpuhkan Sindiket Dadah Antarabangsa

Polis Rampas Dadah RM1.04 Bilion, Lumpuhkan Sindiket Dadah Antarabangsa

26/12/2025
0

KAJANG: Polis berjaya melumpuhkan sindiket dadah antarabangsa yang didalangi warga Asia Timur dengan merampas dadah seberat 6.2 tan, dianggarkan bernilai...

Sah Tiada Pertandingan Untuk Jawatan Presiden, Timbalan

Sah Tiada Pertandingan Untuk Jawatan Presiden, Timbalan

14/01/2023
0

PAU 2022 | Perwakilan Umno hari ini meluluskan usul agar tiada pertandingan dijalankan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd