• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir 1.2 Juta Permohonan BR1M Ditolak Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hampir 1.2 juta permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2016 (BR1M 2016) ditolak tahun ini atas beberapa faktor utama, menurut Kementerian Kewangan.

Kementerian itu dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memberitahu faktor pemohon individu mempunyai pendapatan melebihi RM2,000 mencatatkan peratusan tertinggi permohonan ditolak iaitu 24 peratus diikuti 21 peratus pemohon isi rumah berpendapatan melebihi RM4,000.

“Faktor lain ialah 15 peratus pemohon disenarai sebagai penerima Baucar Buku 2016, sebanyak 10 peratus pemohon atau pasangan telah wujud sebagai pemohon atau pasangan permohonan lain (dublikasi), maklumat pasangan berbeza dengan data Jabatan Pendaftaran Negara dan memerlukan pengesahan (10 peratus).

“Selain itu, 20 peratus pula disebabkan lain-lain faktor,” kata kementerian itu.

Kementerian Kewangan berkata demikian, menjawab pertanyaan V. Sivakumar (DAP-Batu Gajah) yang meminta kementerian itu menyatakan apakah faktor lain selain pendapatan isi rumah yang menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan mendapat bantuan BR1M.

Beliau juga ingin tahu jumlah permohonan yang ditolak tahun ini serta pecahan berdasarkan faktor penolakan permohonan.

Menurut Kementerian Kewangan, pemohon yang gagal, diberi peluang membuatrayuan di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan mengemukakan segala dokumen berkaitan mulai 15 Mac hingga 15 April ini.

“Perkara ini telah dinyatakan di dalam surat yang dihantar kepada pemohon yang gagal dan juga dimaklumkan menerusi sistem e-BR1M di laman sesawang LHDN,” menurut kementerian itu. – BERNAMA

Tags: BR1M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd