• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tetapkan 10, 11 Mei Bicara Kes Awie Cederakan Rozana

oleh Ahmad Albab
22/03/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 10 dan 11 Mei ini untuk perbicaraan kes penyanyi Rock Awie yang didakwa mencederakan bekas isterinya di kaunter PNB Jalan Tun Razak, dua tahun lepas.

Majistret Husna Dzulkifly menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar memohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan sementara menunggu keputusan representasi.

Terdahulu peguam Hazman Harun yang mewakili vokalis kumpulan Wings atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, memaklumkan pihaknya telah menyerahkan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mac lepas, bagaimanapun keputusan masih belum diperolehi.

Mahkamah juga menetapkan 14 April ini untuk pengurusan kes bagi mengetahui keputusan representasi itu.

Pada 15 Feb lepas, Awie yang juga bapa kepada lima anak itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap bekas isterinya, Rozana Misbun, 38, di kaunter PNB Jalan Tun Razak, di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda RM4,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Majistret Ampang melepas dan membebaskan Awie daripada pertuduhan mencederakan Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang selepas mereka bersetuju kes itu diselesaikan dengan cara membayar kompaun RM10,000 dan permohonan maaf secara terbuka daripada pihak Awie. – BERNAMA

Tags: Awie
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Jangan Ambil Tugas Menteri Pelancongan

06/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak perlu mengambil tugas sebagai menteri pelancongan untuk mempromosikan...

Dulu Awie Cuba Elak Erra Fazira, Tetapi Sekarang…

30/06/2018
0

MENGAKUI kehidupannya jauh lebih bermakna, pelakon dan penyanyi, Datuk Awie memberitau dia ini lebih tenang dan tidak terlalu mengikut emosi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd