• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jihan Muse Sah Bergelar Isteri Kepada Ungku Hariz

oleh Ahmad Albab
22/03/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHNIAH buat pengacara Jihan Muse atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 33, yang selamat bergelar isteri kepada pelakon Ungku Hariz Faizal, 31 dalam satu majlis yang diadakan di Laman Kayangan, Shah Alam kira-kira 3.20 petang tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Jihan dan disaksikan oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Pejabat Agama Islam Daerah Petaling.

Jihan yang kelihatan begitu gembira, cantik menggayakan busana dari pereka terkenal Rizman Ruzaimi.

Dia menerima mas kahwin RM300 dan sejumlah wang hantaran yang dirahsiakan.

Pihak pengantin lelaki turut memberikan 5 dulang hantaran dan dibalas jumlah yang sama oleh pengantin perempuan.

Jihan yang ditemui selepas bergelar isteri, meluahkan rasa gembira kerana hubungan yang dibina sejak 9 tahun akhirnya berhujung di jinjang pelamin.

“Saya gembira semua berjalan lancar walaupun persiapan dilakukan pada saat-saat terakhir kerana kami sibuk dengan tuntutan kerja,” ujarnya.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 27 Mac ini di Menara Naza TTDI, Shah Alam. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=6lxhAvJ9qPM]

Tags: artis malaysiajihan muse
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jihan Rangkul Anugerah Persembahan Komedi Terbaik

09/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara, Jihan Muse berjaya merangkul Anugerah Persembahan Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards (AACA)...

Jihan Menang Anugerah Persembahan Komedi Terbaik Asia

22/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelawak dan pengacara, Jihan Muse dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Persembahan Komedi Terbaik di Anugerah Kreatif Akademi Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd