Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Indah Ruhaila Putus Tunang...

TEKA-teki menyatakan status pertunangan Indah Ruhaila telah berakhir terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan ikatan...

Ringgit Dibuka Susut Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan penyusutannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu dibuka...

VIDEO: Lawak..Wanita Cuba Prank...

SEORANG wanita yang cuba mengenakan prank terhadap teman lelakinya ini akhirnya menerima 'padah'...

Cubaan 2 Lelaki Tempatan...

JOHOR BAHRU – Cubaan dua lelaki tempatan untuk menyeludup masuk lima pendatang asing...

Antara Pemainan Yang Hadir Dalam PlayStation VR

SYARIKAT gergasi barangan eletronik, Sony, bakal menjual peranti topeng VR mereka yang disambung terus melalui PlayStation4 atau PS4 ke pasaran Jepun, Amerika Utara, Eropah dan Asia termasuk Malaysia pada harga AS$399 (~RM1,600) bermula Oktober nanti.

“Semenjak kami memperkenalkan PS VR pada Persidangan Pembangun-Pembangun Game 2014, kami menerima banyak maklum balas daripada pemain dan pembangun.

“Untuk memastikan kami benar-benar bersedia untuk memasarkannya, kami akan menetapkan tarikh pada Oktober untuk menjualnya. Terima kasih kepada mereka yang sabar menanti kehadiran PS VR tersebut,”  kata Andrew House, Presiden dan CEO Global SCEI seperti yang dilaporkan portal TheSkop.

Sehingga kini, terdapat 230 pembangun dan penerbut yang bekerja keras untuk memastikan kandungan VR tersebut lengkap termasuk syarikat gergasi seperti 2K Games dan Ubisoft.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 160 judul permainan sudah berjaya dihasilkan dengan lebih 50 daripadanya yang bakal diperkenalkan pada penghujung tahun nanti termasuk Eagle Flight (Ubisoft), EVE: Valkyrie (CCP Games), Headmaster (Frame Interactive), Rez Infinite (Enhance Games), Wayward Sky (Uber Entertainment), RIGS: Mechanized Combat League, Tumble VR, Until Dawn: Rush of Blood dan PlayStation®VR WORLDS (SCE WWS).

Tambahan lagi permainan yang dihasilkan Electronic Arts Inc, DICE dan Lucasfilm juga tidak ketinggalan dalam memperkenalkan game VR sepert Star War Battlefron (Electronic Arts Inc.).

Lebih menarik, PLAYROOM VR yang dikeluarkan SCE WWS akan didapati secara percuma jika pengguna memuat turunnya dari PlayStation Store.


PS VR akan menyokong mod sinematik yang membolehkan kandungan pada skrin maya yang besar ketika memakai headset dimana dimensi yang digunakan adalah 187 x 185 x 277 mm dengan berat hanya 610g yang menggunakan paparan jenis OLED.

Saiz panelnya bergantung kepada 5.7-inci beresolusi 1920 x 1080 dan sudut pandangan sehingga 100 darjah. Antara antaramuka boleh disambungkan pada gajet ini termasuk HDMI, AUX dan jek headphone.

Tarikh pratempahan untuk PS VR bagaimanapun masih belum didedahkan lagi.-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori