• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa Pilih Taman Tema Air Lokasi Riadah Musim Panas

oleh Ahmad Albab
19/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Taman tema air di Legoland menjadi pilihan ibu bapa pada musim panas ini untuk membawa anak-anak beriadah hujung minggu ini terutama menjelang hari terakhir cuti persekolahan.

Program ‘Wave Pool Party’ taman tema berkenaan bermula 11 Mac lalu yang turut menawarkan harga tiket lebih rendah iaitu RM50 seorang bagi kemasukan pada pukul 5 hingga 9 malam itu turut menjadi dorongan kepada pengunjung datang ke destinasi pelancongan itu.

Berikutan cuaca panas yang melampau juga, mereka lebih selesa berada di tempat sejuk seperti taman tema air bagi mengelak risiko pelbagai penyakit yang disebabkan cuaca panas.

Seorang daripada pengunjung taman tema air di Legoland, Suhaiman Mohd Yasin, 38, ketika ditemui Bernama berkata dirinya memilih taman tema air kerana ia merupakan tempat paling sesuai buat masa ini selain dapat mengimbangi rasa panas.

Suhaiman, yang berasal dari Melaka, berkata sebelum ini, dia membawa anak-anaknya ke pantai Port Dickson untuk mandi-manda bagi mengisi cuti sekolah.

Sementara itu, pekerja di sektor swasta, Faizal Hussin berkata musim panas ini menyebabkan kawasan taman tema air menjadi pilihannya untuk membawa keluarga kerana selesa dan sejuk berbanding zoo serta taman tema yang terbuka.

Selain itu, faktor kawasan air semula jadi seperti pantai dan air terjun terletak sangat jauh dari kawasan bandar raya ini menyebabkan dia memilih taman tema air yang berdekatan.

Seorang lagi pengunjung yang mahu dikenali sebagai Elvin berkata dia membeli tiket masuk tahunan bagi keluarganya untuk mengunjungi Legoland apabila tiba musim cuti.

“Saya bawa dua orang anak saya ke sini untuk mandi-manda dan berseronok sempena cuti sekolah ini. Selain itu saya tinggal berhampiran dengan Legoland,” katanya yang menetap di Bukit Indah di sini. – BERNAMA

Tags: Cuaca
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

29/05/2025
0

MAKKAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji...

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

29/11/2024
0

Kuala Lumpur : Faktor cuaca dan kecuaian pemandu antara punca utama kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (KPKP) terbabas Kilometer (KM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd