• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Belukar Dan Hutan Di Keningau Sudah Terkawal

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – “Kes kebakaran melibatkan belukar dan hutan di daerah Keningau ekoran cuaca kering pada masa ini secara keseluruhannya sudah terkawal,” kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Pauzi.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan masyarakat agar tidak menggunakan kaedah pembakaran untuk membersihkan kebun atau melupuskan sisa pokok yang telah ditebang bagi mengelak kes kebakaran belukar dan hutan.

“Dikhuatiri cetusan api akan cepat merebak dan tidak dapat dikawal. Diingatkan bahawa cetusan api kebanyakannya berkaitan dengan aktiviti manusia.

“Cuaca kering membantu ia merebak,” kata Nordin kepada media melalui aplikasi WhatsApp.

Hari ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah membuat pemantauan udara menggunakan helikopter, termasuk di daerah Keningau dan Papar, bagi meninjau situasi kebakaran belukar dan hutan di kawasan berkenaan.

Menurutnya melalui pemantauan udara berkenaan, ia dapat mengesan secara fizikal lokasi sebenar kebakaran berbanding penggunaan imej satelit sebelum ini.

Katanya pemantauan udara juga dapat mengenal pasti jenis tanaman yang terlibat (dalam kebakaran) dan bentuk aktiviti manusia di kawasan terbabit.

“Semua maklumat pemantauan udara berguna untuk strategi dan langkah kawalan serta pemilihan kaedah pemadaman,” katanya.

Sementara itu, Nordin berkata operasi memadamkan kebakaran belukar dan hutan menggunakan kaedah ‘bambi bucket’ dengan helikopter perlu diatur dengan teliti bagi memastikan keberkesanannya.

Katanya selain kaedah itu melibatkan kos dan memerlukan sumber air yang sesuai untuk mengaut air, kaedah berkenaan juga hanya berkesan bagi kebakaran hutan yang merebak di puncak pokok dan kurang sesuai bagi kebakaran di tanah gambut kerana punca api seperti ini adalah di dalam tanah gambut.

Nordin juga menasihatkan anggotanya agar terus bersabar dan tabah melaksanakan tugas dalam menangani kes kebakaran kecil atau besar.

“Ada pasukan dari balai bomba tertentu yang tidak sempat balik ke balai kerana terpaksa ke lokasi kebakaran lain ekoran kejadian kebakaran yang bersambung-sambung. Sekiranya semua jentera bomba telah berada di lokasi, kehadiran bomba terpaksa mengikut giliran. Kita berharap masyarakat dapat bersabar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kebakaran hutan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

03/03/2024
0

JAKARTA: Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia bersama pihak berkepentingan bersiap sedia melaksanakan strategi pembenihan awan yang dijangka bermula bulan...

14 Maut Kebakaran Hutan Di Kazakhstan

14 Maut Kebakaran Hutan Di Kazakhstan

11/06/2023
0

ASTANA: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kebakaran hutan besar-besaran berlaku di timur laut Kazakhstan. Ikuti Mynewshub: Telegram Ia merupakan angka kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd