• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan Lelaki Seludup Benih Kerang, Gagal

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki tempatan berusia 62 tahun ditahan kerana cuba menyeludup lapan guni benih kerang dianggarkan bernilai RM2,240 di Tampok Laut dekat Renggit, Batu Pahat semalam.

Komander Pasukan Polis (PPM) Marin Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata lelaki itu ditahan pada 3.30 petang dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan bersama Jabatan Perikanan Johor.

Khiu berkata, apabila kenderaan dipandu suspek diperiksa, pihaknya menemui sebanyak lapan guni mengandungi benih kerang diletakkan di bahagian bahagian bonet kenderaan.

“Setiap guni itu seberat 40 kg dan kerang boleh dijual pada harga RM7 sekilogram.

“Keseluruhan rampasan termasuk kenderaan adalah dianggarkan bernilai RM11,280,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, kes kini diserah dan disiasat oleh Jabatan Perikanan kerana mengambil benih kerang atau kerang dewasa dari satu tapak kerang semula jadi atau kultur adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Peraturan-Peraturan Perikanan (Pemuliharaan dan Kultur Kerang) 2002.

Jika sabit kesalahan, mana-mana individu boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau dipenjarakan sehingga setahun atau kedua-duanya. – BERNAMA

Tags: kerangseludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd