SONY PLAYSTATION VR akan mula dijual bermula bulan Oktober ini pada harga lebih rendah berbanding pesaing lain di pasaran.
Harga yang diumumkan untuk pasaran Amerika Syarikat adalah sekitar $399 (RM1,660).
Peranti realiti-maya yang lain memerlukan PC berkuasa tinggi, tetapi PlayStation VR ini hanya memerlukan PlayStation 4 untuk digunakan.
Pengguna memerlukan PlaySation Camera secara berasingan, manakala alat kawalan Move juga perlu dibeli secara berasingan jika tidak mahu menggunakan PlayStation 4.
PlayStation VR ini mempunyai skrin 5.7 inci OLED yang akan memaparkan permainan pada kadar 120Hz. Pengguna boleh melihat pada sudut 100 darjah sewaktu menggunakannya, selain hadir dengan sensor 360 darjah agar pengguna boleh menikmati permainan dengan lebih menarik.
Sony memberitahu, sekurang-kurangnya 50 permainan akan dilancarkan antara bulan Oktober sehingga Disember tahun ini termasuklah Star Wars Battlefront. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=cw6x80Qdzak]