• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurus Ejen Pembantu Rumah Mengaku Tidak Bersalah Perdagang Wanita

oleh Ahmad Albab
14/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan seorang wanita dan empat pertuduhan membenarkan empat wanita tidak memiliki permit yang sah menghuni rumahnya, hujung bulan lepas.

Tee An Nee, 49, yang merupakan pengurus ejen pembantu rumah, didakwa memperdagangkan seorang wanita rakyat Indonesia iaitu Sherly, 21, bagi maksud eksploitasi buruh paksa.

Tee didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Jalan Balau 9, Taman Rinting, Masai, di sini, kira-kira 5 petang, 24 Feb lepas.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, yang boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Safiah Abd Aziz manakala Tee diwakili peguam Goh Sze Han.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias membenarkan wang jaminan ditetapkan esok pada sebutan semula kes itu di Mahkamah Sesyen, di sini.

Bagi empat pertuduhan membenarkan empat wanita rakyat Indonesia, iaitu Emilia Ikun, Buama, Paini dan Eba Soares Marsal yang tidak memiliki permit sah berada di dalam rumahnya, Tee didakwa melakukan kesalahan terbabit pada kira-kira 6.30 petang, di alamat dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum menurut Seksyen 55E (2) akta yang sama, yang memperuntukkan denda tidak kurang RM10,000 atau maksimum RM60,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Asmah Zainal Ariffin dan Tee yang turut diwakili Goh, merayu mahkamah mengurangkan jaminan dengan alasan mempunyai dua anak serta suami yang tidak bekerja.

Mohd Azlan menetapkan wang jaminan sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan tarikh 11 April depan untuk sebutan semula kes berkenaan. – BERNAMA

Tags: pemerdagangan manusiaWanita
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Komanwel Platform Unik Tekankan Pandangan Kolektif Negara Anggota

Next Post

Wanita Melecur Terkena Minyak Panas, Dapur Rumah Terbakar

Related Posts

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

28/04/2025
0

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang bersarapan maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas dan merempuh sebuah kedai makan...

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

27/02/2025
1

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita pulang awal ketika Ramadan. Menteri Besar...

Next Post

Wanita Melecur Terkena Minyak Panas, Dapur Rumah Terbakar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd