• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Kesihatan Cadang Tambah Perjawatan Doktor Pakar

oleh Ahmad Albab
12/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menambah perjawatan bagi doktor pakar dalam usaha menangani kekurangan doktor pakar di hospital kerajaan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata terdapat ramai graduan perubatan terpaksa menunggu lama untuk mendapat tempat di hospital kerajaan berikutan kekosongan yang ada tidak mencukupi.

“Masalahnya sekarang adalah kekurangan perjawatan. Ada graduan perubatan yang menjalani latihan di hospital kerajaan terpaksa menunggu lama untuk mendapat jawatan sebagai pegawai perubatan.

“Doktor ada tetapi perjawatan kurang…kita tak boleh isi juga. Sekarang ini nisbah kita adalah seorang doktor untuk 600 pesakit.

“Kita memerlukan jumlah doktor sekali ganda menjelang 2020 iaitu seorang doktor untuk 400 pesakit. Kita giat berbincang dengan JPA tentang perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan 1,500 peserta Jamboree Mountainbike Balik Pulau, di Politeknik Balik Pulau di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai langkah jangka panjang oleh Kementerian Kesihatan bagi mengatasi masalah kekurangan doktor pakar di hospital kerajaan.

Dr Hilmi berkata selain masalah kekurangan perjawatan, faktor gaji turut menyebabkan kebanyakan graduan perubatan tidak berminat berkhidmat dengan hospital kerajaan.

“Dalam 800 sehingga 1,000 perjawatan yang ditawarkan, setengah daripadanya telah meletakkan jawatan. Tidak dinafikan tangga gaji (doktor) hospital kerajaan kurang berbanding dengan swasta. Kita akan cuba meningkatkan lagi…ia adalah antara yang kita lihat sekarang,” katanya.

Beliau berkata pihaknya turut berbincang dengan JPA untuk menambah jumlah elaun kepada doktor yang bertugas di kawasan luar bandar supaya mereka berminat untuk kekal berkhidmat dengan hospital kerajaan.

Bagaimanapun, Dr Hilmi berkata terdapat graduan perubatan yang bersemangat untuk berkhidmat di hospital kerajaan dan tidak menghiraukan tentang gaji.

“Kita amat menghargai sikap mereka membantu kerajaan, nak bantu rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: doktorKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd