• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

23 Mac Keputusan Permohonan Nik Nazmi Batalkan Pertuduhan

oleh Ahmad Albab
11/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 23 Mac ini untuk keputusan berhubung permohonan anggota Exco Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad bagi mengetepikan pertuduhan menganjurkan perhimpunan ‘Black 505’ tanpa kebenaran di Petaling Jaya, kira-kira tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Ghazali Cha menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada peguam Syahredzan Johan yang mewakili Nik Nazmi dan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Pada 5 Jan lepas, Nik Nazmi, 34, yang didakwa untuk kali ketiga bagi kesalahan itu, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ghazali.

Mengikut pertuduhan, Nik Nazmi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri,
didakwa gagal memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dalam tempoh 10 hari sebelum penganjuran program ‘Black 505’ di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan didakwa melakukan perbuatan itu di Stadium MBPJ, Kelana Jaya di Petaling Jaya pada 8.30 malam, 8 Mei 2013.

Beliau yang merupakan orang kena saman dalam kes itu didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000, jika sabit kesalahan.

Nik Nazmi, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), didakwa kali pertama pada 17 Mei 2013. Beliau kemudian membuat permohonan untuk mengetepikan pertuduhan tersebut namun ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini pada 1 Nov 2013.

Pada 25 April 2014, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Nik Nazmi untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Pada 6 Feb 2014, Nik Nazmi didakwa kali kedua terhadap pertuduhan sama.

Bagaimanapun pada 6 Mei 2014, Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepaskan tanpa membebaskan Nik Nazmi daripada pertuduhan itu selepas hakim tersebut menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.

Hakim tersebut juga mengambil kira keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan Nik Nazmi untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya pada 25 April 2014.

Terdahulu, dalam prosiding hari ini, Syahredzan memohon mahkamah menggunakan budi bicara untuk membatalkan pertuduhan kali ketiga ke atas Nik Nazmi atas alasan jika perbicaraan diteruskan, ia melanggar hak anak guamnya mengikut Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan.

Peguam itu berkata, Perkara 7(2) menyebut bahawa seseorang yang telah dibebaskan oleh mahkamah tidak boleh dibicarakan semula melainkan mendapat perintah daripada mahkamah lebih tinggi.

Menurutnya, Nik Nazmi telah dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen dan anak guamnya hanya boleh dituduh semula di bawah pertuduhan sama sekiranya ada perintah daripada Mahkamah Persekutuan.

“Mahkamah Rayuan juga telah membebaskan Nik Nazmi dan keputusan itu masih sah serta tidak dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan. Justeru, mahkamah ini (Tinggi) terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan,” katanya.

Wan Shaharuddin pula berhujah, pertuduhan ke atas Nik Nazmi berasal dari Mahkamah Sesyen, justeru, tiada sebab untuk kes itu dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Beliau berkata, pertuduhan kali ketiga dibuat berdasarkan pertuduhan kedua iaitu pemohon telah dilepas tanpa dibebaskan.

“Pihak pendakwaan mempunyai bidang kuasa penuh di bawah Seksyen 145 Kanun Prosedur Jenayah untuk tuduh semula pemohon (Nik Nazmi) jika ia tidak melanggar prinsip Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan. Justeru, kami tidak melanggar prinsip itu kerana pemohon tidak pernah dibicarakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nik Nazmi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

02/05/2024
1

KOTA BHARU : Fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini, dijangka berterusan sehingga Julai. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd