Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

‘Datuk Kabi’ Didakwa Lagi...

PETALING JAYA - Seorang ahli perniagaan yang menggelar dirinya 'Datuk Kabi' sekali lagi...

Suspek IS Terima Arahan...

KUALA LUMPUR - Beroperasi menggunakan kod nama Gagak Hitam, sel pengganas ini terdiri...

478 Pasukan Sertai Piala...

UNIK... Bola sepak adalah sukan pilihan yang sangat digemari ramai bukan sahaja manusia...

Bekas Tentera Calon PAS...

PAS meletakkan seorang bekas pegawai tentera, Left Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar sebagai...

Pengusaha Bauksit Akur Arahan Moratorium

KUANTAN – Tidak ada sebarang pelanggaran arahan moratorium perlombongan bauksit yang dikesan berlaku di sini sejak ia dikuatkuasakan 15 Jan lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata hasil pemantauan yang dilakukan secara bersepadu bersama beberapa agensi penguat kuasa yang lain mendapati semua pihak termasuk pemandu lori akur dengan arahan penggantungan sementara aktiviti itu.

“Kami masih meneruskan pemantauan 24 jam di sembilan pusat pemeriksaan di daerah ini dan esok (12 Mac) kami akan membuat pertukaran 90 anggota dan pegawai PGA Hulu Kinta yang bertugas di situ sebelum ini dengan anggota Batalion 4 PGA, Semenyih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Cawangan Khas Pahang antara DCP Datuk Riduan Hashim kepada SAC Mohd Shuhaily Mohd Zain di sini hari ini.


Sembilan lokasi yang terlibat ialah Bukit Kuantan, Tanjung Pasir, Kampung Padang, Taman Dato’ Rashid, Shahpadu, berhadapan Pejabat Sirim di Jalan Pintasan Kuantan, Bukit Penggorak, Sungai Ular dan Jabor.

Pusat pemeriksaan itu diwujudkan sejak 9 Jan lepas bagi memantau sebarang pergerakan lori bauksit sepanjang tempoh moratorium itu dilaksanakan selama tiga bulan sehingga 15 April. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori