• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kien Kiat/Boon Heong Tundukkan Beregu Nombor 2 Dunia

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas juara Seluruh England 2007, Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong melakar kejutan selepas menundukkan pasangan beregu lelaki nombor dua dunia, Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan dari Indonesia pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Siri Super Premier di Barclaycard Arena di Birmingham, England pada Jumaat.

Pasangan bukan pilihan itu mempamerkan aksi cemerlang untuk mencatatkan kemenangan 21-15, 15-21 dan 21-17 dalam perlawanan yang berlarutan selama 49 minit, menurut laman sesawang kejohanan; www.allenglandbadminton.com.

Koo/Tan yang juga muncul sebagai naib johan dalam edisi 2011 akan bertemu sama ada rakan sepasukan, Goh V Shem/Tan Wee Kiong atau pilihan kelima, Chai Biao/Hong Wei dari China pada suku akhir.

Perlawanan antara kedua-dua pasangan dijadualkan berlangsung kir-kira 4 petang Khamis waktu tempatan (2 pagi, Jumaat waktu Malaysia).

Cabaran negara dalam tiga lagi acara – perseorangan lelaki, perseorangan wanita dan beregu campuran berakhir selepas semua pemain tumpas kepada lawan masing-masing dalam aksi pembukaan pada Rabu.

Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara beregu wanita kejohanan itu yang menawarkan hadiah berjumlah US$550,000 (RM2.263 juta). – BERNAMA

Tags: badminton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd