• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja DEFTECH Maut Dihempap Kenderaan Perisai Beroda

oleh Ahmad Albab
12/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pekerja DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH) maut dihempap kenderaan perisai beroda ketika sesi kursus latihan pemanduan anggota tentera mengendalikan kenderaan berkenaan di trek pandu uji kilang syarikat itu di Pekan, hari ini.

Difahamkan mangsa, Abdul Razak Jabbar, 45, yang berasal dari Kluang, Johor dan merupakan jurulatih memandu kenderaan berkenaan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Mangsa dikatakan pesara tentera di 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanise Kem Batu 10 di sini dan memiliki kepakaran dalam mengendalikan kenderaan itu.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata ketika kejadian pada 12.25 tengah hari itu, mangsa dikatakan sedang mengajar seorang pelatih Mohd Amirnuddin Osman, 23, memandu kenderaan berkenaan di litar pandu uji itu.

“Ketika Mohd Amirnuddin sedang memandu kereta perisai tersebut menuruni laluan bukit di litar itu, tiba-tiba ia hilang kawalan sebelum berpusing beberapa kali sehingga menyebabkan mangsa tercampak keluar daripada kereta perisai ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Amran berkata bagaimanapun Mohd Amirnuddin hanya mengalami kecedaran ringan di tangan dan mendapat rawatan di Hospital Pekan.

Beliau berkata mayat Abdul Razak dihantar ke hospital yang sama untuk dibedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga untuk dikebumikan di kampung halaman isterinya di Pahang Tua di sini.

Sementara itu, DEFTECH dalam kenyataan merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga mangsa terlibat dan berasa kesal dengan kejadian berkenaan serta akan melakukan apa sahaja termampu membantu keluarga berkenaan menghadapi saat sukar itu.

Kenyataan itu menyebut satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar kejadian berlaku dan pihak pengurusan DEFTECH sedang bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kami akan memberi jaminan bahawa segala usaha akan terus diambil bagi memastikan keselamatan di kemudahan kami diletakkan pada keutamaan yang tertinggi dalam organisasi kami,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd