• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Remaja Mengaku Bersalah Buli Pelajar Jilat Jalan Raya

oleh Ahmad Albab
10/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tiga remaja lelaki termasuk seorang bawah umur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan membuli dua pelajar sekolah dengan menyuruh mereka menjilat jalan raya, yang menjadi viral di laman sosial, Januari lepas.

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Tan Jze Keong, 18, pelajar kolej swasta Lim Khoo Boo Kean, 19, dan seorang remaja berusia 17 tahun menukar pengakuan kepada bersalah hari ini ketika kes itu disebut di hadapan Majistret Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Mahkamah menetapkan 14 April ini untuk menjatuhkan hukuman ke atas ketiga-tiga tertuduh sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pada 5 Feb lepas, Tan, Lim dan remaja 17 tahun itu bersama tiga lagi remaja berusia 17 tahun, yang telah mengaku bersalah, didakwa menyuruh dua pelajar lelaki berusia 15 tahun bersujud sambil menjilat jalan raya dengan tujuan untuk mengaibkan kehormatan mangsa.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan belakang sebuah sekolah menengah di Sea Park, Kelana Jaya, di sini pukul 1 tengah hari, 29 Jan lepas mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hari ini, mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas tiga remaja 17 tahun itu yang mengaku bersalah pada 5 Feb lepas, namun media tidak dibenarkan masuk ketika prosiding kerana kes itu melibatkan juvana.

Bentuk hukuman yang dikenakan terhadap mereka juga tidak didedahkan kepada media.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat dan peguam Datuk Suraj Singh mewakili Tan dan Lim, manakala keempat-empat remaja 17 tahun itu tidak diwakili peguam.

Pada Januari lepas, rakaman video perbuatan buli melibatkan dua mangsa lelaki.yang ketika itu berpakaian sekolah, menjadi viral di laman sosial. – BERNAMA

Tags: bulikes mahkamah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemuda Kendong Warga Emas Seberangi Jalan

Next Post

Budak 4 Tahun Tembak Ibu ‘Aktivis Senjata’ Secara Tak Sengaja

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Jegil Mata, Senyum Sinis, Jelir Lidah Dan Boikot Dikategorikan Buli

Jegil Mata, Senyum Sinis, Jelir Lidah Dan Boikot Dikategorikan Buli

10/12/2023
0

KUALA LUMPUR : Menjegil mata, senyum sinis dan mencebik mulut, selain menjelirkan lidah dan boikot diklasifikasikan sebagai perbuatan buli yang...

Next Post

Budak 4 Tahun Tembak Ibu 'Aktivis Senjata' Secara Tak Sengaja

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd