• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengambilan 25,000 Penjawat Awam Setiap Tahun Kekal

oleh Ahmad Albab
09/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pengambilan 25,000 penjawat awam baharu setiap tahun bagi menggantikan mereka yang bersara diteruskan, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata ia selaras dengan polisi kerajaan untuk mengekalkan jumlah 1.61 juta penjawat awam bagi disesuaikan dengan bilangan 30 juta penduduk ketika ini.

“Setiap tahun 25,000 penjawat awam menamatkan perkhidmatan kerana bersara dan mereka ini perlu diganti dengan jumlah yang sama melalui pengambilan baharu daripada luar,” katanya mengulas pekeliling dikeluarkan Perbendaharaan Malaysia semalam, bertajuk ‘Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan’.

Pekeliling itu antara lain menyebut mengenai membekukan pengambilan perjawatan baharu, memperketat bayaran elaun lebih masa dan pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus berkuat kuasa awal bulan ini.

Bercakap pada sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Diploma Pengurusan Awam (DPA) dan Felo Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini hari ini, Ali menjelaskan pengambilan baharu yang tidak dibenarkan ialah apabila wujud keperluan menubuhkan agensi baharu.

“Kita boleh tubuhkan tetapi menjadi tanggungjawab JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan kementerian mencari kakitangan dengan melantik mereka secara penugasan semula daripada kakitangan sedia ada, sama ada daripada dalam kementerian atau kementerian lain.

“Mungkin ada tugas-tugas tertentu agensi telah lapuk atau kepentingannya telah berkurang yang mungkin patut kita tutup atau kurangkan pekerja dan mereka inilah kita perlu tempatkan ke perjawatan di agensi baharu yang diwujudkan itu,” katanya.

Berhubung pemotongan elaun keraian 10 peratus itu, Ali berkata perkara tersebut dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang lalu, dan ia hanya melibatkan anggota pentadbiran, bukan perkhidmatan awam.

Mengenai penangguhan pelaksanaan dasar berkursus tujuh hari setahun bagi anggota perkhidmatan awam, beliau berkata ia merupakan satu langkah penjimatan oleh kerajaan dan berkuat kuasa untuk tahun ini sahaja.

“Walaupun tidak lagi diwajibkan, kementerian dan agensi digalakkan untuk menganjurkan latihan secara dalaman sebagai usaha menambah baik perkhidmatan awam dan keupayaan penjawat awam sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Ali berkata kerajaan merancang melantik pegawai PTD berusia awal 40-an ke jawatan tertinggi dalam pentadbiran awam seperti timbalan ketua setiausaha dalam tempoh lebih cepat (fast track) berdasarkan kecemerlangan perkhidmatan yang diberikan.

Beliau berkata walaupun usia masih menjadi faktor diambil kira dalam lantikan ke jawatan penting, namun peredaran masa menuntut PTD yang menyerlah, mempunyai bakat dan memiliki ciri-ciri kepimpinan diberikan tanggungjawab lebih penting selaras dengan kemampuan dan pencapaian masing-masing.

“Perkara ini akan dibincang lebih lanjut bersama Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan,” katanya, sambil menambah jawatan tersebut kebiasaannya diisi mereka berumur 50 tahun ke atas.

Pada majlis itu, bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Tan Sri Dr Sulaimam Mahbob diumumkan sebagai penerima Anugerah Felo Intan Ke-27.- BERNAMA

Tags: Penjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd