• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Tiada Maklumat Faktual Tahun Ini, Hanya Penyata Interim

oleh Ahmad Albab
08/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pasukan penyiasatan bebas yang menyiasat kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 tidak mengeluarkan maklumat faktual mengenai insiden itu pada ulang tahun keduanya hari ini seperti dilakukan tahun lepas.

Ketua pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia Datuk Kok Soo Chon berkata hanya penyata interim dikeluarkan pada ulang tahun kedua kehilangan MH370, yang disiarkan menerusi RTM1 ketika beliau membacakan penyata itu.

Tahun lepas, pasukan penyiasatan mengeluarkan penyata interim dan maklumat faktual mengenai insiden tersebut.

“Kami mengumpul semua fakta dan kami mendapati ini adalah maklumat berguna.udah tiba masanya bagi kita untuk berkongsi maklumat kitu dengan orang ramai. Jadi, kami memuat turunnya dalam laman sesawang.

“Oleh kerana pasukan ini mengamalkan ketelusan. Apa sahaja yang kami dapati yang boleh dianalisis, kami berkongsi dan memuatkannya. Kami mahu mencari kebenaran dalam apa jua yang mungkin,” katanya merujuk kepada maklumat fakta yang dikeluarkan tahun lepas.

Ketika ditemui hari ini, Kok berkata pasukan itu masih menyiasat insiden berdasarkan maklumat faktual mengandungi 600 muka surat yang dikeluarkan tahun lepas serta maklumat baharu yang dikumpul.

“Tetapi bagi laporan (maklumat faktual) kami masih menyediakannya tetapi belum lengkap, jadi kami tidak dapat berkongsi sebahagian daripadanya sekarang.

Sama ada anda berkongsi keseluruhannya atau tidak berkongsi apa-apa.

“Jadi untuk ulang tahun ini, kami memilih untuk berkongsi penyata interim,” kata beliau.

Kok berkata di bawah Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), pasukan itu bertanggungjawab mengeluarkan penyata interim setiap tahun sempena ulang tahun tragedi untuk memberi maklumat mengenai kemajuan siasatan.

Ketua pasukan penyiasatan itu juga membuat perbezaan bahawa apa yang dikeluarkan tahun lepas ialah maklumat faktual dan bukannya laporan.

“Apabila orang ramai membacanya (maklumat faktual), mereka kecewa kerana tiada kesimpulan. Sudah tentu tiada kesimpulan kerana ia cuma maklumat faktual, bukan laporan,” kata beliau.

Beliau berkata laporan akhir mengenai tragedi akan disiapkan selepas misi mencari bangkai pesawat ditamatkan.

Penerbangan MH370, bersama 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014.

Bangkai pesawat belum dijumpai walaupun operasi mencari dijalankan secara meluas di selatan Lautan Hindi, kawasan yang penerbangan pesawat Boeing 777-200ER itu dipercayai berakhir selepas melencong dari laluan asalnya.

Serpihan flaperon dijumpai pada Julai tahun lepas di Pulau Reunion, milik Perancis dan pada 6 Ogos tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa ia milik MH370.

Awal bulan ini, satu lagi objek, dipercayai dari pesawat Boeing 777 dilaporfkan ditemui di pantai Mozambique sementara semalam, satu lagi serpihan dijumpai di Pulau Reunion, yang juga dikaitkan dengan MH370.

Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia bagi MH370, yang diketuai oleh seorang ketua inspektor, terdiri daripada 19 penyiasat Malaysia dan tujuh Wakil Bertauliah daripada tujuh pihak berkuasa penyiasatan keselamatan antarabangsa dari tujuh negara.

Pihak berkuasa itu ialah Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), Bureau d’Enquêtes et d’Analyses (BEA) dari Perancis, Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia (NTSC), Biro Penyiasatan Kemalangan Udara Singapura (AAIB), Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd