Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Bendera Johor Terbalik: Perbadanan...

Kejadian berlaku di Putrajaya apabila bendera negeri Johor dikibarkan secara terbalik.Mynewshub yakin ia...

Proton Juga Perlukan Reformasi...

PROTON Holding (Proton) tetap gagal menonjol walaupun telah diberi suntikan pinjaman tunai mudah...

Suruhanjaya Siasatan Tanah Runtuh...

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang mewartakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan mengenai kejadian...

73 Ladang Babi Beroperasi...

Kuala Lumpur : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesan 73 ladang babi beroperasi tanpa...

Juruterbang Ugut Biar Pesawat Terhempas Jika Ditinggal Isteri

SEORANG juruterbang Itali menghantar mesej mengancam mahu membiarkan pesawat yang dipandunya terhempas jika isteri nekad mahu meninggalkan beliau.

Tindakan juruterbang tersebut membuatkan sekumpulan anggota polis bergegas ke lapangan terbang di Rom dan menahannya beberapa minit sebelum pesawat dinaiki 200 penumpang yang bakal dipandunya berlepas.

Peristiwa yang berlaku pada Januari 2015 ini bagaimanapun hanya didedahkan sekarang menerusi satu laporan oleh The Times, malah penumpang yang terlibat dalam insiden ini tidak pernah dimaklumkan apa sebenarnya berlaku.

Juruterbang berusia 40-an yang tidak didedahkan namanya, tidak berjaya mensabotaj pesawat yang dipandunya sendiri apabila isterinya bertindak memberitahu pihak berkuasa niat buruknya itu.

Ironinya, dua bulan kemudian pembantu juruterbang Germanwings, Andrea Lubit bertindak menjunamkan sendiri pesawat yang dipandunya di Pergunungan Aps dipercayai kerana masalah peribadi, sekaligus membunuh 149 penumpang bersamanya. – MYNEWSHUB.CC


Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori