• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebar Gambar Bohong, Nga Kor Ming ‘Dibahan’ Netizen

oleh AK-47
09/03/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHLI Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memperlihatkan sikap gemar memfitnah pemimpin DAP apabila memuat naik fakta salah di laman Facebooknya, sekali gus membayangkan seolah-olah rakyat Malaysia terlalu bodoh hingga percaya apa sahaja yang dihidangkan kepada mereka.

Dalam posting di laman Faceooknya, beliau menyiarkan gambar pelajar perempuan menaiki basikal melalui jambatan gantung yang ‘mengerikan’ sambil mendakwa ia bukti rakyat Sarawak masih hidup dalam keadaan daif selepas 60 tahun di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

IMG-20160307-WA0001

Dari ayat di posting itu pun dah jelas Nga Kor Ming tak sepatutnya masuk dunia politik Malaysia sebab nampak sangat main ‘sebat’ saja fakta takpa usul periksa apabila menyatakan Sarawak sudah 60 tahun di bawah pemerintahan BN.

Menerusi ruangan komen, beliau turut diselar dengan kerana uniform pelajar dalam gambar tersebut bukan uniform mana-mana sekolah di Sarawak, malah ada pengguna Facebook dari seberang secara suka rela menerangkan di mana jambatan tersebut berada iaitu di Indonesia.

IMG-20160307-WA0000
Komen-komen mengecam perbuatan Nga Kor Ming menyebarkan gambar dan fakta salah, membuat Ahli Parlimen Taiping itu bertindak memadamkan posting fitnah yang dibuatnya tanpa meminta maaf.

Tak tahan kena ‘bahan’ kerana menipu, Nga Kor Ming kemudiannya memadam posting tersebut dari laman Facebooknya tanpa sebarang ulasan apatah lagi nak meminta maaf.

Sudah terlambat, bahan palsu yang dimuatnaik beliau telah disebarkan dan sikapnya yang berlagak selamba apabila tembelang sudah pecah terus dikritik pengguna laman sosial.

IMG-20160307-WA0002

Jikalau guna sekeping gambar pun boleh dijadikan bahan fitnah tanpa memeriksa dahulu fakta yang bukan payah nak dilakukan, bayangkan pula betapa mudahnya puak Cina DAP seperti Nga Kor Ming memperbodohkan rakyat dengan memetik cerita tipu lain yang tak perlu ditunjukkan bukti.

Antaranya, kisah dongeng ratusan ribu pengundi Bangladesh digunakan untuk tambah undi kerajaan masa PRU 13 dan blackout yang sengaja dilakukan untuk tukar peti undi.

Diharapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dapat bertindak tegas terhadap laman sosial milik ahli politik yang sesuka hati menyebar propaganda palsu seperti ini apatah lagi ia bukan kali pertama dilakukan.

Jangan sampai mereka fikir, butang delete di laman sosial membuat mereka kebal untuk memuatnaik apa sahaja tanpa perlu guna otak untuk dapatkan kesahihan terlebih dahulu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

Tags: DAPfitnahNga Kor Mingpolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Buang Sampah Merata-Rata Jatuhkan Imej Negara – Nga Kor Ming

Buang Sampah Merata-Rata Jatuhkan Imej Negara – Nga Kor Ming

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan bahawa perbuatan membuang sampah merata-rata bukan sahaja mencemarkan...

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd