• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Abdullah Timbang Keputusan Letak Jawatan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersedia mempertimbangkan keputusan baginda untuk meletak jawatan selaku presiden badan induk berkenaan.

Keputusan berkenaan dicapai setelah Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin mengadakan pertemuan tertutup dengan baginda, di sini hari ini.

Hamidin dalam kenyataan berkata menerusi perjumpaan itu, beliau menyampaikan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada Isnin lepas, yang menolak hasrat baginda, dan terus menerajui badan induk itu sehingga 2018.

“Selepas berbincang daripada hati ke hati, keputusan yang dicapai tadi ialah
Tengku Abdullah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM atas keputusan tersebut.

“…(baginda juga) memahami segala penjelasan yang disampaikan oleh saya pada hari ini mengenai harapan barisan ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM,” kata Hamidin.

Hamidin turut memaklumkan Tengku Abdullah akan menyatakan pendirian muktamad baginda mengenai perkara berkenaan dalam tempoh terdekat.

Isu peletakan jawatan daripada menerajui FAM bukanlah perkara baharu kerana baginda pernah menyuarakan hasrat sama selepas kecewa dengan kekalahan memalukan 0-10 Malaysia kepada Emiriah Arab Bersatu pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, September lepas.

Baginda turut dilaporkan sebagai berkata akan menyerahkan tugas menerajui FAM secara berperingkat kepada Timbalannya, Datuk Seri Afandi Hamzah bagi memastikan badan induk itu mempunyai pentadbiran yang mantap. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]0pZj1EplhTg[/wpdevart_youtube]

Tags: FAMTengku Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FAM Tuntut FIFA Jelaskan Masa Tambahan Indonesia-Bangladesh, 2 Minit Jadi 7 Minit

FAM Tuntut FIFA Jelaskan Masa Tambahan Indonesia-Bangladesh, 2 Minit Jadi 7 Minit

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi mendapatkan penjelasan berhubung...

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR  - Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Peter Cklamovski hari ini mengumumkan beliau akan meninggalkan jawatan sebagai Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd