• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gegaran Turut Dirasai Penghuni Kondominium Di Kota Bharu

oleh Ahmad Albab
06/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Gegaran gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter di Sumatera Barat malam tadi turut dirasai lebih 300 penghuni di tiga blok kondominium Pelangi Mall setinggi 23 tingkat di sini.

Seorang penghuni Hazram Fauzi, 33, berkata, panik dengan gegaran itu mereka bergegas keluar dari kediaman masing-masing termasuk terpaksa menuruni tangga dari tingkat 19.

“Saya menyedari kejadian itu pada pukul 8.45 malam selepas mendapati lampu rumah bergoyang. Awalnya, saya ingatkan disebabkan angin daripada mana-mana tingkap yang tidak ditutup tetapi selepas diperiksa semua tingkap tertutup.

“Pada masa sama saya rasa macam pening dan dengar suara dan bunyi bising penghuni lain dari luar rumah,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Hazram yang menetap di kondominium berkenaan sejak setahun lalu kemudiannya terus mendapatkan tiga anak dan isteri sebelum keluar dari rumah dengan menuruni tangga ke perkarangan penginapan berkenaan.

Beliau berkata, sekumpulan pegawai dan anggota bomba yang tiba kemudiannya melakukan pemeriksaan ke atas bangunan itu sebelum membenarkan penghuni pulang ke rumah masing-masing selepas memastikan keadaan selamat.

“Nasib baik tiada perkara tidak diingini berlaku dan kami dibenarkan bomba untuk naik semula ke rumah kira-kira dua jam selepas itu,” katanya.

Detik cemas itu turut dikongsi wartawan New Straits Times, Kalbana Perimbanayagam yang menetap di kondominium tersebut sejak 10 bulan lepas.

“Ketika kejadian, saya tengah buat kopi. Tiba-tiba, saya rasa macam pening dan melihat cawan dan meja bergerak.

“Pada masa sama, saya dengar bunyi bising dari luar rumah. Saya mengambil keputusan untuk turun ke bawah selepas mendapati semua penghuni di tingkat 12 bergegas turun,” katanya.

Awal Khamis, penduduk di kawasan persisir pantai Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dinasihati menjauhi kawasan pantai bermula 12.45 tengah 3 Mac, berikutan kesan gempa kuat di barat daya Sumatera, Indonesia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau berkata ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Amaran itu dikuatkuasakan sehingga notis baharu dari kementerian itu memaklumkan tiada ancaman tsunami berikutan gegaran tersebut.

Beliau juga berkata tiada laporan kerosakan harta benda di Selangor dan Johor dilaporkan setakat ini berikutan gegaran daripada gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richer pada 8.49 malam Rabu.

Gempa bumi itu berpusat kira-kira 649 kilometer barat daya dari Siberut, Indonesia, iaitu 1,163 kilometer barat daya dari Port Dickson, Negeri Sembilan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]q3zqYBbE4Ic[/wpdevart_youtube]

Tags: gempa bumi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd