• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Saman Fitnah MB Pahang Terhadap Utusan Melayu Ditutup

oleh Ahmad Albab
03/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi menutup kes saman fitnah dikemukakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung artikel bertajuk ‘Hebat sangatkah Adnan‘.

Hakim Datuk Yeoh Wee Siam menutup kes itu selepas dimaklumkan oleh peguam Elly Azreen Khalid yang mewakili Utusan Melayu bahawa Mahkamah Rayuan telah membatalkan saman itu semalam.

Mahkamah Tinggi menutup kes itu kerana ia terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan, kata peguam itu kepada pemberita. Terdahulu kes itu dibentangkan untuk pengurusan kes di hadapan Yeoh di dalam kamar.

Dalam membuat keputusan penting itu semalam, Mahkamah Rayuan membenarkan Utusan Melayu membatalkan saman Adnan, memutuskan bahawa ahli politik tidak boleh menyaman media bagi tuduhan memfitnah.

Dalam keputusan ringkas, panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Rohana Yusuf berkata mahkamah berpendapat artikel berkenaan, sama ada dari segi konteksnya dan secara menyeluruh merujuk kepada Adnan berdasarkan kedudukannya sebagai Menteri Besar, bukan sebagai individu secara peribadi.

Menurut beliau, saman fitnah dikemukakan Adnan terhadap akhbar bahasa Malaysia itu perlu diketepikan berdasarkan prinsip undang-undang Inggeris, Derbyshire County Council lawan Times Newspapers Ltd dan lain-lain, yang menyebut bahawa pihak berkuasa tempatan tidak boleh mengambil tindakan saman berkaitan fitnah.

Pada 2014, Adnan menyaman Utusan Melayu berhubung penerbitan satu artikel dalam akhbar Mingguan Malaysia bertajuk ‘Hebat sangatkah Adnan‘ pada 9 November 2014.

Utusan Melayu pada awalnya gagal dalam cubaannya untuk mengetepikan saman sivil itu di Mahkamah Tinggi pada 23 Julai 2015 dan merayu terhadap keputusan itu. – BERNAMA

Tags: Adnan YaakobUtusan Melayu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Syarikat Media Bakal Buang Pekerja, Dijangka 2,500 Orang

01/11/2019
0

PETALING JAYA - Dunia media Malaysia bakal menyaksikan satu lagi pusingan pengurangan pekerja selepas situasi membabitkan tenaga kerja Utusan Melayu,...

Beri Cadangan Membina, Bukan Rai Orang Hilang Kerja

17/10/2019
0

SHAH ALAM - Penasihat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Khalid Jaafar sepatutnya menggunakan peluang sebagai ahli panel dengan memberi cadangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd