Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Dilanggar Lori...

TAIPING - Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kecederaan pada bahagian kepala selain...

‘Borneo Ant House’ Bakal...

TUARAN - Borneo Ant House, galeri bawah tanah seumpamanya di Malaysia bakal menjadi...

Wanita Ini Menang Gelaran...

WANITA ini memenangi gelaran penggali kubur paling cantik di seluruh Jerman apabila sebuah...

Ekspo Muafakat Usaha Kerajaan...

ALOR SETAR - Ekspo Muafakat Kedah yang akan diadakan pada 24 Feb hingga...

“Menyesal.. Dah La Jauh Masuk, Nasib Baik Free”

ITULAH antara kata-kata pengunjung yang datang bersama keluarga ke Sipadan Mangrove Resort, Sungai Burong untuk mencuba permainan air yang viral di media sosial.

Menerusi pautan yang dimuat naik di laman Facebook Sabah Info, rata-rata pengunjung menyesal melihat keadaan tempat tersebut bila mana airnya didapati keruh, tidak seperti taman tema air yang lain.

taman2

Keadaan ini amat mengecewakan ibu bapa yang datang dengan harapan tinggi mahu membawa anak-anak mereka mandi manda. Tahap kebersihan air yang keruh sudah tentu merisaukan ibu bapa.

Selain itu kekurangan kemudahan tempat berteduh juga menjadi satu masalah bagi pengunjung, apabila ramai yang terpaksa berjemur di bawah cahaya matahari terik.

air2

air3

Namun, tidak dinafikan juga kolam taman tema air ini menjadi keruh kerana terlampau ramai pengunjung yang datang, selain lokasinya di atas tanah kosong sehingga menjadi lumpur apabila dipijak-pijak.


Pengguna laman sosial bagaimanapun, mengecam tindakan pihak pengurusan yang dilihat begitu beria-ia mempromosikan ‘taman tema’ berkenaan’.

Adei ni bukan taman tema, ni kolam isi air ja ba ni…. mana-mana pun boleh letak tu kolam tiup ni…. kalau ini ja la ajak org masuk dalam yang jauh baik tak payah war warkan, bikin malu ja ba, kena buat betul-betul dulu la…. baru ajak org datang… ni beli pelampung kolam tu letak sana tross la ckp taman tema,” tulis Mya Suee.

Bagaimanapun, pengguna Facebook yang menggunakan nama Zack Asyraf memberikan pamdangan berbeza.

“Dah lah FREE lagi mau COMPLAINT ke? Aku rasa pengusaha resort tu mungkin kesian dengan warga tempatan yang takde taman tema air kat kawasan itu, tu pasal dia buka FREE kot … kau ingat pakai air liur meniup benda tu?” tulisnya.

Apa pun, sewajarnya pihak pengurusan mengambil kira masalah seperti ini sebelum membukanya kepada orang awam, walaupun secara percuma. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori