• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 GRO Warga Asing Ditahan Di Pusat Hiburan

oleh Ahmad Albab
12/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sepuluh wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) serta tujuh pekerja lelaki rakyat Bangladesh ditahan dalam Op Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam operasi 12.05 tengah malam itu, polis turut menahan seorang lelaki Bangladesh berumur 38 tahun yang mempunyai status Pemastautin Tetap, dipercayai pengurus premis berkenaan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada empat wanita Nepal dan enam wanita Bangladesh. Tujuh lelaki Bangladesh yang ditahan itu pula merupakan pekerja pusat hiburan itu.

“Kesemua wanita warga asing itu berumur 23 hingga 30 tahun. Mereka tiada permit kerja dan hanya mempunyai pas lawatan sosial,” katanya di sini hari ini.

Mior Faridalatrash berkata beberapa pelanggan tempatan dan asing turut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk membantu siasatan.

Katanya lesen premis berkenaan dimiliki seorang warga tempatan dan pihaknya akan mengesyorkan kepada pihak berkuasa pelesenan untuk menarik balik lesen yang diberikan bagi mengelak masalah sosial.

Sementara itu, dalam operasi berasingan di Jalan Perak dan Persiaran Paya Terubong 2, polis menahan 35 warga asing atas kesalahan tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa.

Mior Faridalatrash berkata dalam Op Rantau itu, mereka yang ditahan di Jalan Perak terdiri daripada empat wanita warga Indonesia serta dua lelaki Bangladesh.

Dalam operasi di Persiaran Paya Terubong 2, dua lelaki dan enam wanita warga Indonesia, 14 lelaki Myanmar, lima lelaki Bangladesh serta dua lelaki Nepal ditahan, katanya.

Beliau berkata kesemua warga asing yang ditahan itu berumur antara 20 dan 40 tahun.

Operasi 9 malam itu disertai tiga pegawai dan 11 anggota polis, empat pegawai dan 28 anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan PDRM serta masing-masing empat anggota Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara. – BERNAMA

Tags: pelacuranpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd