• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yingluck Gantikan Politik Dengan Berkebun

oleh Ahmad Albab
16/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Bekas perdana menteri Thailand, Yingluck Shinawatra membuka kediamannya kepada media antarabangsa untuk beri peluang kepada mereka meninjau kehidupannya setelah tersisih daripada arena politik negara ini.

Dilarang daripada membabitkan diri dengan politik selama lima tahun, perdana menteri wanita pertama Thailand ini berkata, kini beliau ada lebih banyak masa melakukan perkara yang amat diminatinya iaitu menanam salad.

“Di samping membuat persiapan mengenai kes mahkamah, saya juga mengisi masa saya dengan berkebun untuk hidangan keluarga dan memberinya kepada rakan-rakan yang sukakan sayur-sayuran,” katanya kepada media.

Adik kepada Thaksin, yang juga bekas perdana menteri Thailand ini, juga mengisi masa lapangnya dengan berkunjung ke sebuah kuil tempatan selain berjumpa sahabat handai.

“Saya ingin tahu perkembangan terkini (mengenai rakan-rakan),” kata Yingluck, yang menerima celaan daripada Dewan Perundangan Nasional dan kemudian dilarang daripada bergiat dalam politik selama lima tahun.

Beliau juga berdepan dengan pertuduhan jenayah di Mahkamah Agung kerana peranannya dalam skim pembelian padi di negara ini. Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman tidak lebih 10 tahun penjara.

Mengenai pelan tindakan disediakan Kerajaan Thailand yang diterajui tentera, Yingluck berkata pilihan raya perlu diadakan kerana ia merupakan sebahagian daripada asas penting dalam sistem demokrasi, di samping untuk kebaikan ekonomi dan bagi memelihara keyakinan rakyat.

Beliau juga menyentuh tentang draf perlembagaan yang dibentangkan baru-baru ini oleh suruhanjaya dilantik kerajaan dan menegaskan bahawa draf itu perlulah sesuatu boleh diterima semua pihak serta bersifat berpaksikan rakyat.

Yingluck berkata Thaksin juga mahu keadaan di Thailand kembali seperti biasa dan pilihan raya serta pemindahan kuasa kepada rakyat dilakukan dengan secepat mungkin.

Pada akhir sesi perjumpaan dengan media itu, Yingluck menjelaskan bahawa tindakannya mengundang media antarabangsa ke kebun saladnya tidak mempunyai sebarang niat tersembunyi.

“Saya tidak ada sebarang agenda tersembunyi apabila buka pintu kediaman saya ini (kepada media),” katanya dan menjelaskan bahawa apa jua komen beliau mengenai perkara berkaitan politik sepanjang perjumpaan dengan media itu adalah secara kebetulan sahaja, bukan dirancang. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]aVohkzyawhc[/wpdevart_youtube]

Tags: ThailandYingluck
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd