• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Myanmar Ditemui Maut Dengan Kesan Kelar

oleh Ahmad Albab
09/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang rakyat Myanmar ditemukan mati dengan kesan kelaran di leher di sebuah premis membeli barang-barang lusuh di Jalan Putra-Alor Janggus di sini, petang ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai Lai Kot A. Ali, 28, itu ditemukan majikannya dalam keadaan terbaring dengan tengkuk terkulai di premis itu pada 2.45 petang.

“Majikannya datang mencari lelaki itu selepas gagal menghubungi pekerjanya itu sejak semalam berikutan premis itu ditutup sempena Tahun Baharu Cina.

“Ketika datang, majikannya mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dan tengkuknya terkulai di luar rumah kongsi yang terletak di dalam premis tersebut,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd Nashir berkata mangsa yang bekerja selama empat tahun di premis itu tinggal berseorangan kerana seorang lagi rakannya telah pulang ke negara asal.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 24 jam dan mayatnya dihantar ke hospital untuk bedah siasat,” katanya.

Mohd Nashir berkata sebilah parang yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian itu turut ditemukan di atas paha mangsa.

Katanya polis membuka kertas siasatan dan belum mengklasifikasikan lagi kes berkenaan sehingga proses bedah siasat dilakukan.

“Kami akan menyiasat sama ada berlaku kes jenayah atau mangsa membunuh diri,” katanya.

Sementara itu seorang saksi yang enggan dikenali dan tinggal berdekatan premis itu berkata kali terakhir beliau bertemu mangsa pada sembahyang Jumaat lepas dan mangsa ada beritahunya, dia takut untuk tinggal seorang selepas rakannya pulang ke Myanmar.

“Dia pun dah lama kerja di tempat itu dan bila ditanya kenapa takut, dia tidak pula beritahu lebih lanjut,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]lZ2a50gZmWs[/wpdevart_youtube]

Tags: kelarmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd