MENYAKITKAN… Seorang wanita dibayar pampasan bernilai ratusan ribu ringgit selepas doktor melakukan pembedahan Caesarean ke atasnya tanpa sebarang ubat penahan sakit.
Wanita itu dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth di Woolwich di tenggara London, Britain pada 2013 dan telah diberikan epidural.
Selepas dua jam, apabila dia masih belum bersalin, doktor telah memutuskan untuk membedahnya namun mereka telah membuang epidural itu sebelum masuk ke bilik bedah.
Pada masa sama doktor pula terlupa untuk memberikannya ubat bius.
Wanita itu yang kini mempunyai dua anak, menyifatkan pembedahan itu sebagai amat menyakitkan ketika pisau bedah menghiris perutnya. Hanya selepas itu barulah beliau diberikan ubat tahan sakit.
“Pelanggan saya mengalami pengalaman melahirkan anak pertama dalam keadaan yang amat menyakitkan dan tertekan,” kata peguamnya, Patricia Wakeford.
Sejak itu, wanita terbabit mengalami simptom kemurungan dan sering mengalami mimpi ngeri. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]0DiF2uA0loA[/wpdevart_youtube]

