Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Selesema Burung, 73,500 Unggas...

TENNESSEE - Sejumlah 73,500 unggas akan dimusnahkan selepas virus selesema burung dikesan di...

4 Unit Kedai 2...

BUTTERWORTH - Sederet empat unit kedai dua tingkat di Jalan Heng Choon Thian...

Langkawi Jadi Hab Antarabangsa...

GEORGE TOWN - Potensi besar pertumbuhan di Langkawi mendorong AirAsia Bhd menjadikan Lapangan...

Ribut: Lebih 500 Penduduk...

PADANG BESAR - Lebih 500 penduduk di Kampung Titi Tampang dan Kampung Guar...

Virus Zika Peringatan Allah S.W.T – Pemuda PAS

KUALA LUMPUR – Penyebaran virus Zika yang boleh mengancam kesejahteraan hidup manusia di seluruh dunia merupakan satu ujian dan peringatan Allah S.W.T kepada makhluknya.

Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak, Akmal Kamarudin berkata, sikap manusia yang melanggar hukum Allah S.W.T di atas nama hak kebebasan asasi menyebabkan ujian itu dikenakan ke atas mereka.

“Malaysia kini juga diancam dengan promosi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang barangkali terlupa tentang azab yang diturunkan Allah S.W.T kepada kaum Nabi Luth yang ingkar.

“Keadaan yang lebih membimbangkan apabila berlaku kezaliman, penindasan yang berterusan serta hukum tuhan yang dipermainkan menambah lagi kekeruhan yang ada,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Akmal berkata, kesedaran terhadap kawalan nyamuk penting, namun yang lebih penting ialah pembentukan keimanan dan ketaqwaan serta kesedaran akan tanggungjawab kehambaan dan tanggungjawab kepada alam.

“Pembangunan material tanpa kerohanian, menjadikan kita insan yang maju pada bangunan namun mundur pada ketamadunan. Ingatlah bahawa kita hanya insan kerdil di sisi Allah S.W.T,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]vDQ3TV5ybQY[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • Zika

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori