• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UTC Model Realisasi Slogan 1Malaysia – Najib

oleh Ahmad Albab
06/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Dahulukan, Pencapaian Diutamakan’ yang diilhamkannya selepas menyandang jawatan perdana menteri pada 2009.

Semasa mengilhamkan slogan itu, beliau tidak mahu slogan itu tinggal sebagai slogan tanpa tindakan susulan bagi sebaliknya mahu memastikan natijahnya benar-benar dirasai rakyat seperti digambarkan oleh slogan itu sendiri.

“…pada saya ‘1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ bukan sahaja slogan, tetapi mestilah disertai dan disusuli dengan tindakan -tindakan yang menepati kata-kata itu.

“Satu daripada caranya ialah kita perlu perkenalkan produk-produk dan kaedah pentadbiran yang selari dengan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Lantaran itu, kita buat Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan kita juga telah melahirkan UTC-UTC di seluruh negara.

“Bila kita lihat kapada konsep UTC, ia boleh digunakan oleh semua rakyat Malaysia, maka ia menepati konsep 1Malaysia,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan UTC Labuan di Pasar Sentral Labuan di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Anggota Parlimen Labuan yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Rozman Isli.

UTC Labuan, yang dibina dengan kos RM23 juta dan siap dalam tempoh lapan minggu, menempatkan agensi-agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan untuk penduduk Labuan serta Lawas dan Limbang di Sarawak dan Kuala Penyu di Sabah.

Najib berkata konsep UTC, yang menempatkan semua pentadbiran kerajaan dekat dengan rakyat di bawah satu bumbung, amat menepati konsep rakyat didahulukan manakala pembinaannya yang mengambil masa singkat pula tepat dengan konsep rakyat diutamakan.

Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang menyediakan sistem perkhidmatan kerajaan melalui konsep UTC yang bertujuanmemberi perkhidmatan lebih cepat, cekap dan murah kepada seluruh lapisan rakyatnya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]gUgvPtCdtVg[/wpdevart_youtube]

Tags: Najib Tun RazakUTC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kaunter UTC Beroperasi Hingga Jam 10 Malam Atasi Kesesakan Kaunter Imigresen

23/05/2022
0

KUALA LUMPUR: Semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung akan beroperasi sehingga jam 10 malam mulai Rabu ini, kecuali UTC...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd