Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

NGO Setuju Dialog Bersama...

KUALA LUMPUR - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersetuju dengan saranan ketua polis...

Jenazah Komposer Adnan Abu...

KAJANG - Jenazah komposer terkenal tanah air Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan, 57,...

Penganggur Didenda RM1,000 Curi...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri kasut di sebuah masjid, seorang penganggur didenda RM1,000...

S.Kumar Tak Mahu Buang...

KUALA LUMPUR - Penjaga gol hoki kebangsaan S. Kumar, yang gagal ujian doping,...

Utamakan Aspek Keselamatan Jika Ingin Wujudkan Laluan Khas Berlumba

KUALA LUMPUR – Aspek keselamatan penunggang dan orang awam perlu diutamakan jika kerajaan berhasrat merealisasikan cadangan mewujudkan laluan khas di ibu kota untuk golongan ‘mat rempit’ melakukan aktiviti perlumbaan bermotosikal, demikian menurut persatuan belia.

Berpendapat cadangan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu pada dasarnya baik, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Muammar Ghadafi berkata satu garis panduan lengkap mesti disediakan bagi mempastikan mereka yang menyertai perlumbaan memenuhi semua aspek keselamatan seperti penggunaan jaket, topi keledar dan sarung tangan yang sesuai.

“Laluan yang bakal digunakan juga mestilah tidak mengganggu aktiviti orang awam serta jauh daripada kawasan tumpuan orang ramai selain tidak berdekatan dengan kawasan perumahan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata penganjuran aktiviti itu menyediakan ruang untuk golongan mat rempit mempamerkan kemahiran menunggang.

Semalam, Tengku Adnan menyuarakan cadangan mewujudkan laluan khas bagi tempoh tertentu di ibu kota bagi golongan muda melakukan aktiviti perlumbaan motor.

Setiausaha Agung Majlis Belia Selangor Azwan Mat Yasir berpendapat langkah itu memberi peluang golongan ‘mat rempit’ berlumba secara ‘halal’ dan selamat.

Katanya sebarang kos yang dikenakan bagi penganjuran perlumbaan itu perlulah mengikut kemampuan golongan tersebut.


“Kalau dulu mereka boleh berlumba di litar lumba Batu Tiga Shah Alam dengan kos RM20 untuk tempoh tertentu. Bila litar itu ditutup mereka tiada pilihan iaitu berlumba di Litar Sepang. Kos tinggi mencecah sehingga RM100 ke RM200 menyebabkan mereka kurang berminat,” katanya.

Presiden Majlis Belia Felda Anuar Manap pula berpendapat: “Masa dan tempoh had penggunaan laluan perlu sesuai, selamat untuk digunakan dan tidak mengganggu urusan orang ramai. Jika selepas tempoh diberikan mereka masih merempit, mereka perlu dikenakan tindakan.”

Sementara itu, Presiden Kelab Bell Belia Tamil Malaysia K. Murali tidak bersetuju dengan cadangan itu yang pada pendapatnya akan menggalakkan lagi aktiviti merempit selain menimbulkan lebih banyak masalah sosial.

“Kita mungkin tidak mampu menyekat penonton yang datang. Maka akan timbul masalah pergaulan bebas perempuan dan lelaki terutamanya dalam kalangan mereka di bawah umur,” katanya.

Menyatakan bahawa adalah lebih baik digunakan sirkit atau trek sedia ada seperti di Litar Sepang, beliau berkata jika kos tinggi menjadi persoalan, penyelesaian sewajarnya perlu dicari bagi memastikan bayaran yang sesuai. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]yVp3uNNIqRs[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori