• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustaz Kazim Terima Rawatan Susulan Di Hospital KPJ Ipoh

oleh Ahmad Albab
22/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pendakwah Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias yang dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian hari ini, dihantar ke Hospital Pakar KPJ Ipoh untuk rawatan susulan.

Ustaz Kazim yang dibawa menaiki helikopter, dari padang HUSM, tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini, kira-kira 3.20 petang sebelum dibawa dengan ambulans ke hospital berkenaan.

Turut menyambut ketibaan beliau di lapangan terbang itu ialah Pegawai Khas Menteri Besar Perak Datuk Azhar Ahmad.

Azhar ketika ditemui pemberita berkata Ustaz Kazim memberitahu bahawa beliau ingin pulang dan akan mendapatkan rawatan di hospital Ipoh.

“Dia akan dibawa ke Hospital KPJ untuk rawatan susulan. Alhamdulillah, kesihatan ustaz kian pulih selepas empat hari menerima rawatan di HUSM,” katanya.

Beliau berharap penceramah terkenal itu sihat seperti biasa dan dapat meneruskan aktiviti ceramah.

Ditanya mengenai segelintir pihak yang menyebarkan khabar angin menyatakan Ustaz Kazim meninggal dunia, Azhar berkata ia adalah fitnah dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

“Sepatutnya kita mendoakan Ustaz Kazim diberi kesihatan yang baik. Pihak yang memfitnah itu perlu memohon maaf kepada Ustaz Kazim,” katanya.

Mohd Kazim dimasukkan ke HUSM selepas mengadu penat dan sakit dada ketika sedang berceramah di perkarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong, Bator, Bachok, 9.30 malam Jumaat lepas.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]uIMZPWKPyqM[/wpdevart_youtube]

Tags: ustaz kazim elias
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sihir: Individu Mohon Maaf Dengan Ustaz Kazim

21/05/2022
0

KUALA KANGSAR : Penceramah bebas, Datuk Kazim Elias berkata, seorang individu pernah datang dan memohon maaf kepadanya ketika beliau menghidap...

Ustaz Kazim Masuk Hospital

11/05/2020
0

IPOH - Pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini malam tadi akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd