Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Kenyataan Media TS Shafie...

KENYATAAN Media TS Shafie Abdullah hari ini mengenai RM9.5 Juta kononnya diterima daripada...

Lagi Kes Baharu COVID-19...

KUALA LUMPUR - China mencatatkan 397 lagi kes  disahkan COVID-19 dengan 109 kematian...

Surau Bergerak Mudah Umat...

SERDANG - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Malaysia (Jawi) menerima sebuah bas yang...

Suami Maut Ditetak, Isteri...

BURUH ladang maut ditetak rakannya di ladang sawit Kampung Beril Paka, Dungun, hari...

Ustaz Kazim Stabil, Boleh Bercakap Dan Masih Dipantau

KOTA BHARU – Pendakwah Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini Jumaat malam akibat penat dan sakit dada, dilaporkan stabil.

Pegawai khasnya Rafi Rahman berkata Mohd Kazim, 44, yang kini dirawat di wad Unit Penjagaan Koronari (CCU), sudah sedar dan boleh bercakap dengan jelas berbanding keadaannya Jumaat malam.

“Ustaz Kazim memerlukan banyak rehat kerana masih dalam keadaan keletihan,” katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Sementara itu, pihak HUSM mengesahkan Mohd Kazim dalam keadaan stabil dan sedang dipantau oleh pakar perubatan.

Mohd Kazim dimasukkan ke HUSM selepas mengadu penat ketika sedang berceramah di perkarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bator, Bachok, yang bertajuk ‘Jihad Agro Makanan Negara’ yang bermula 9.30 malam Jumaat.


Ketika itu, Mohd Kazim baharu memulakan ceramah selama 10 minit sebelum meminta maaf di hadapan kira-kira 2,000 penonton selepas berasa tidak sihat.

Ceramah berkenaan anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bersama Masjid Teratak Pulai, Bachok.

Timbalan Pengurus Besar KADA Nik Roslan Idris berkata semasa melawat Mohd Kazim pagi tadi, keadaan pendakwah itu semakin baik dan beliau dapat berbual dengannya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]OO2bc76w3kM[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori