• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustaz Kazim Dibenar Keluar HUSM, Janji Lebih Fokus Jaga Kesihatan

oleh Ahmad Albab
24/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pendakwah bebas, Datuk Ustaz Mohd. Kazim Elias dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, selepas empat hari menerima rawatan akibat penat dan sakit dada.

Mohd Kazim berkata selepas mengambil kira arahan doktor, beliau memutuskan untuk berehat selama enam minggu daripada memenuhi sebarang jemputan ceramah.

“Ini bagi memberi ruang kepada saya berehat sepenuhnya untuk kembali sihat seperti biasa sebelum meneruskan aktiviti ceramah,” katanya kepada pemberita di HUSM di sini, hari ini.

Mohd Kazim, 44, berkata walaupun mengalami peringkat permulaan serangan jantung, ia cukup memberi kesan besar kepada dirinya berhubung penjagaan kesihatan.

Beliau berkata apa yang dialaminya itu mungkin peringatan untuk beliau memberi lebih fokus kepada kesihatan dan merancang semula jadual ceramah selepas ini.

“Syukur pada Allah kerana keadaan saya beransur pulih selepas menjalani rawatan angiogram semalam. Hari ini, saya boleh berjalan, bercakap dengan lancar dan bernafas dengan baik.

“Ribuan terima kasih kepada barisan pakar yang merawat saya dan doa semua masyarakat di luar sana,” katanya yang akan pulang ke rumahnya di Manjoi, Perak dengan menaiki helikopter, petang ini di padang HUSM.

Dalam pada itu, beliau agak terkilan dengan tindakan segelintir pihak yang menyebarkan khabar angin mengatakan beliau sudah meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Perkara tersebut amat mengganggu emosi banyak pihak terutama keluarga terdekat. Ia membabitkan nyawa dan perasaan yang tidak sepatutnya dilakukan. Bagaimana jika perkara ini berlaku kepada mereka,” katanya.

Beliau yang juga terkenal melalui slot ceramah ‘Kalau Sudah Jodoh‘ berkata seminggu sebelum terkena serangan jantung, beliau mengalami sakit telinga, belakang, dada dan tidak dapat tidur malam selain cepat penat ketika berceramah.

Mohd. Kazim dimasukkan ke HUSM selepas mengadu penat dan sakit dada ketika sedang berceramah di perkarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong, Bator, Bachok, 9.30 malam Jumaat lepas. – BERNAMA

Tags: ustaz kazim elias
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sihir: Individu Mohon Maaf Dengan Ustaz Kazim

21/05/2022
0

KUALA KANGSAR : Penceramah bebas, Datuk Kazim Elias berkata, seorang individu pernah datang dan memohon maaf kepadanya ketika beliau menghidap...

Ustaz Kazim Masuk Hospital

11/05/2020
0

IPOH - Pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini malam tadi akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd