Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Hukum Makan Sushi, Sashimi...

PUTRAJAYA: Hukum memakan sushi dan sashimi adalah harus dan dibenarkan selagi mana ia...

913 Petani Mangsa Banjir...

KANGAR - Seramai 913 petani mangsa banjir tahun lepas bersyukur apabila menerima wang...

Suami Lancar Petisyen Untuk...

New York – Seorang bapa yang berkeras untuk menamakan anak dalam kandungan isterinya...

Video: Satu Keluarga Terbabas...

SEBUAH keluarga berdepan detik-detik mencemaskan apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam...

Ustaz Kazim Boleh Makan Bubur, Bercakap Tapi Masih Lemah

KOTA BHARU – Pendakwah, Datuk Ustaz Mohd. Kazim Elias yang sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, mula menunjukkan perkembangan positif dan beransur pulih.

Pegawai khasnya, Rafi Rahman berkata Mohd. Kazim, 44, yang masih dirawat di Wad Unit Penjagaan Koronari (CCU) akibat penat dan sakit dada itu, sudah boleh bercakap dan makan bubur.

“Alhamdulillah, malam ini beliau sudah boleh makan bubur dan bercakap sedikit walaupun masih dalam keadaan lemah,” katanya.

Rafi berkata diagnosis lanjut akan dilakukan pagi Ahad bagi mengesan punca sebenar yang menyebabkan beliau penat dan sakit dada.

Beliau berharap para peminat pendakwah tersebut dapat bersama-sama mendoakan kesihatannya agar pulih seperti biasa.

Rafi turut meminta semua pihak agar menghentikan penyebaran maklumat kononnya pendakwah itu meninggal dunia.


“Viral tersebut (melalui laman sosial) bukan perkara main-main tetapi melibatkan nyawa seseorang. Kami harap ia segera dihentikan agar tidak menimbulkan kekeliruan semua pihak,” katanya.

Rafi berkata peminat Mohd Kazim boleh mendapatkan maklumat sahih perkembangan kesihatan pendakwah itu melalui laman facebooknya yang dikemas kini oleh beliau (Rafi) dari semasa ke semasa.

Mohd Kazim dimasukkan ke HUSM selepas mengadu penat dan sakit dada ketika sedang berceramah di perkarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong, Bator, Bachok, 9.30 malam Jumaat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori