• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UniMara Mula Ambil Pelajar Jun Ini – Ismail Sabri

oleh Ahmad Albab
02/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Universiti Majlis Amanah Rakyat (UniMara) akan memulakan pengambilan pelajar pada Jun tahun ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Untuk permulaan, sebanyak 200 pelajar akan diambil untuk universiti yang diwujudkan di bawah program Transformasi Luar Bandar itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Solidariti Kegemilangan Mara Sabah di sini Isnin malam.

UniMara yang bakal beroperasi tahun ini dan khusus untuk memberi akses pendidikan tinggi kepada anak penduduk luar bandar, akan memfokuskan kepada beberapa bidang antaranya sektor perniagaan, korporat, awam, politik dan teknologi.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata Mara juga bakal mewujudkan banknya sendiri dan pihaknya akan berbincang dengan Bank Negara Malaysia mengenai penubuhan bank berkenaan.

“Kita belum memutuskan nama bank tersebut namun kita telah membuat persediaan dan perancangan mengenainya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar Mara dan usahawan di Sabah saling berganding bahu mencari idea untuk menghasilkan satu anjakan paradigma bagi memperkasakan keusahawanan secara inovatif dan kreatif.

“Saya percaya sekiranya semua pihak bekerjasama, hasilnya cukup hebat dan mampu menjadikan Malaysia berada di persada antarabangsa dalam bidang keusahawanan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ismail SabriUniversiti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Kritik Aksi Ranjang Persembahan Teater Di Universiti

Firdaus Wong Kritik Aksi Ranjang Persembahan Teater Di Universiti

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung meluahkan kekesalan terhadap satu kejadian yang didakwa berlaku di sebuah universiti...

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd