• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UiTM Muncul Juara Keseluruhan SukIPT 2016

oleh Ahmad Albab
05/02/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara keseluruhan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SukIPT) 2016 yang berakhir hari ini dengan pungutan 53 pingat emas, 46 perak dan 35 gangsa.

Universiti Putra Malaysia (UPM) pula muncul naib juara keseluruhan dengan mengumpul 41 emas, 19 perak dan 21 gangsa manakala Universiti Malaya (UM) berada di tempat ketiga dengan 25 emas, 17 perak dan 14 gangsa.

SukIPT yang berlangsung selama 12 hari bermula 25 Januari lepas itu juga menyaksikan pelajar Universiti Sunway, Chan Jie, 21, dipilih sebagai olahragawan kejohanan kali ini manakala olahragawati dimiliki pelajar UM Irene Chong, 26.

Chan dipilih sebagai olahragawan kerana memperoleh empat pingat emas dan tiga gangsa dalam acara renang dan turut memecahkan tiga rekod baharu dalam acara terbabit.

Chong pula dipilih kerana turut berjaya memungut empat pingat emas, satu perak dan tiga gangsa, juga dari acara renang untuk kontinjennya.

Kejayaan itu turut melayakkan kedua-duanya membawa pulang sebuah piala pusingan, piala iringan dan tiket penerbangan pergi balik AirAsia ke Bali, Indonesia.

Selain penganugerahan itu, SukIPT kali ini juga memberikan Anugerah Khas Pasukan Wanita kepada pasukan bola tampar UTM dan Anugerah Khas Pasukan Lelaki kepada pasukan ragbi UPM.

Majlis penutupan SukIPT 2016 disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawanan dan Koperasi Johor, Md Jais Sarday mewakili Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching.

Terdahulu, dalam teks ucapan yang dibacakan Md Jais, Mohamed Khaled berkata SukIPT adalah medium untuk Kementerian Pendidikan Tinggi melahirkan lebih ramai atlet yang berpotensi dan boleh diketengahkan di peringkat tertinggi.

Katanya, setiap usaha perlu diteruskan dengan menerapkan perancangan yang lebih teliti agar setiap atlet mendapat pendedahan dan peluang sewajarnya untuk bertanding di peringkat seterusnya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]oQZN_lVD4BM[/wpdevart_youtube]

Tags: SukIPT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembangkang ‘Kencing’ Mukhriz, Tipu Mahfuz Teori 18-18

Next Post

Jumlah Kenderaan Di Lebuh Raya Plus Meningkat 10% Petang Tadi

Related Posts

No Content Available
Next Post

Jumlah Kenderaan Di Lebuh Raya Plus Meningkat 10% Petang Tadi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd