• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trio Wanita Brunei Kental Membelah Angkasa

oleh AK-47
27/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR SERI BEGAWAN – Penglibatan golongan wanita  di dalam sektor pekerjaan yang dimonopoli oleh kaum lelaki adalah tidak asing lagi, kerana wanita sekarang mempunyai semangat yang kental dan waja.

Syarikat penerbangan Royal Brunei Airlines memcatat sejarah yang tersendiri apabila tiga wanita berjiwa kental ini menjadi pengemudi bagi penerbangan B1081 dari ibu kota Brunei ke Jeddah, Arab Saudi.

Trio wanita yang dimaksudkan ialah Kapten Sharifah Czarena, Senior First Officer Sariana dan Senior First Officer Dk Nadiah. Ketiga-tiga wanita ini malah menjadi kebanggaan rakyat Brunei Darussalam.

Capture

Berita mengenai kehebatan mereka bertiga menjadi viral dalam kalangan netizen menerusi laman sosial Facebook negara Asia tenggara itu pada Isnin lalu.

Secara kebetulan mesej tersebut luas disebarkan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-32 Brunei pada 23 Februari lalu bebas merdeka daripada penjajahan Britain.

Di Malaysia, terdapat juga beberapa juruterbang wanita yang berjiwa kental antaranya, Norashikin Onn, Penerima Anugerah Kesatria Kerajaan Malaysia.

Beliau juga merupakan kapten wanita pertama syarikat penerbangan komersial Malaysia pada 2001 lalu.

image
Norashikin Onn

Pengalaman beliau berkhidmat dengan syarikat penerbangan tambang rendah Air Asia Berhad melonjakkan namanya menjadi wanita pertama mengemudi pesawat jenis Wide Body Craft, Airbus 330.

Ternyata golongan lelaki bukan sahaja perlu bersaing sesama mereka tetapi turut bersaing dengan golongan wanita berjiwa kental ini. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=eSh9bwNGuAg]

Tags: pesawatWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd