• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trafik N.Sembilan Tumpu Lokasi Kerap Berlaku Kemalangan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Trafik Negeri Sembilan meningkatkan pemantauan di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlaku kemalangan di setiap daerah sepanjang Op Selamat 8 dari 1 hingga 16 Feb ini.

Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan ASP Zainudin Ahmad berkata Op Selamat 8 sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bermula Isnin lepas, akan turut memberi tumpuan terhadap pengguna motosikal.

“Corak kemalangan di negeri ini menunjukkan kebanyakannya berlaku di jalan negeri.

“Jadi, kita akan beri tumpuan yang lebih di kawasan ini dalam usaha memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang, sekali gus mengurangkan kadar kemalangan jiwa sempena musim perayaan,” katanya ketika ditemui di lokasi operasi, malam tadi.

Mengenai operasi bersepadu pada hari kedua bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Trafik Bukit Aman, Zainudin berkata sebanyak 117 saman polis dikeluarkan, notis JPJ sebanyak 104 manakala 16 orang ditahan kerana positif dadah.

Katanya operasi itu dibuat di beberapa kawasan di sekitar Seremban secara berperingkat bermula 11 pagi hingga 10 malam dengan kekuatan seramai 54 pegawai dan anggota.

“Antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak mempunyai lesen memandu, tidak memakai tali pinggang keledar dan lampu brek tidak menyala.

“JPJ turut menyita lima motosikal dan satu kereta. Selain itu, lima warga asing ditahan atas kesalahan mengikut Akta Imigresen,” katanya. – BERNAMA

Tags: Negeri Sembilanpolis trafik
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Zahid Nasihat ADUN BN Tidak Campur Tangan Kemelut Takhta Negeri Sembilan

Zahid Nasihat ADUN BN Tidak Campur Tangan Kemelut Takhta Negeri Sembilan

19/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Semua Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan diminta tidak campur tangan dalam soal Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd