• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tips Percintaan Nurul Izzah Selepas Setahun Bercerai

oleh Ahmad Albab
19/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang pernah gagal dalam hubungan rumah tangganya mengeluarkan tips percintaan untuk golongan muda hari ini.

Beliau yang diceraikan oleh suaminya pada 15 Januari 2015 berkata, tips itu adalah cara mudah untuk menjaga maruah dalam percintaan.

“Cara mudah menjaga maruah: Jangan rindu pada yang tak sudi, jangan terdesak mendapatkan cinta, jangan mudah melafazkan cinta dan jangan terhegeh-hegeh,” katanya menerusi akaun Facebook beliau hari ini.

Nurul Izzah merupakan anak kepada bekas Ketua Pembangkang yang kini berstatus banduan kes liwat di Penjara Sungai Buloh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai sah bercerai talak satu dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Tinggi Syariah.

Pasangan itu bersetuju menyelesaikan permohonan cerai yang difailkan Nurul Izzah sejak Disember 2013 setelah mencapai persetujuan bersama terhadap terma-terma perjanjian dikemukakan.

Raja Ahmad Shahrir, 36, melafazkan cerai talak satu itu di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain.

Ketika memfailkan permohonan cerai sejak lebih setahun lalu, Nurul Izzah memberi alasan tiada lagi persefahaman dan rasa kasih sa­yang dengan suami beliau.

Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 di ibu negara dan mempunyai beberapa anak sebelum bercerai. – mynewshub.cc

Tags: kes ceraiNurul Izzah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

19/07/2023
0

Seberang Jaya : Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar terus berdiam diri berhubung kedudukannya sama ada akan bertanding...

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

01/02/2023
0

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menganggap Perdana Menteri Anwar Ibrahim "malu-malu" untuk membenarkan anak perempuannya Nurul Izzah dibayar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd