• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Artis Evergreen Bergabung Gegarkan Menara KL

oleh Ahmad Albab
25/02/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sambutan Minggu Setiausaha di Menara Kuala Lumpur bakal menyaksikan gandingan hebat dan eksklusif antara Datuk M. Nasir, Jay Jay dan Ogy Ahmad Daud.

Buat pertama kalinya mereka bertiga akan bersama menghiburkan tetamu dalam acara yang diberi nama ‘Suatu Masa… Bersama Datuk M. Nasir’.

DSC06905

“Ini kali pertama kami berkolaborasi dan beraksi di Minggu Setiausaha. Persembahan ini jauh berbeza daripada sebelum ini yang lebih terbuka,” kata penyanyi dan komposer terkenal, M.Nasir pada sidang media di sini, hari ini.

M. Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamad mengakui acara itu memberi kelainan dan cabaran buatnya, namun menjanjikan persembahan yang hebat bagi meraikan setiausaha pada 28 April ini.

“Saya sangat teruja dan berterima kasih kepada pengurusan Menara KL kerana memilih saya buat persembahan di menara tertinggi di Asia Tenggara,” katanya yang bakal mempersembahkan kira-kira 10 lagu popularnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan berkata persembahan bakal diadakan di Dewan Bankuet Megaview, Menara KL dari 12 tengah hari hingga 3 petang.

Katanya majlis itu memberi ruang kepada peminat untuk menikmati persembahan eksklusif secara langsung dan beramah mesra bersama-sama dengan ketiga-tiga artis popular tanah air berkenaan.

Jayjay sebagai penyanyi untuk Minggu Setiausaha
Jayjay sebagai penyanyi untuk Minggu Setiausaha
Ogy Ahmad Daud sebagai pengacara memeriahkan lagi Majlis Minggu Setiausaha.
Ogy Ahmad Daud sebagai pengacara memeriahkan lagi Majlis Minggu Setiausaha.

“Berkonsepkan ‘Suatu Masa…’, kami cuba membawa peminat M. Nasir mengimbau kembali zaman kegemilangan bermula sejak empat dekad yang lalu iaitu ketika zaman rock balada pada tahun 1980-an.

“Di samping itu, kami juga akan memperkenalkan menu makanan yang bersesuaian dengan konsep Minggu Setiausaha kali ini iaitu menu ala-kampung,” kata beliau.

DSC06897

Meor Shahril Anuar berkata tempat adalah terhad kepada 256 orang sahaja dan harga tiket bagi satu meja adalah antara RM3,100 hingga RM7,600, bergantung kepada pakej iaitu VVIP, Platinum, Emas dan Perak. – BERNAMA

Tags: Artisjay jayM.NasirMenara Kuala LumpurOgy Ahmad Daud
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Nak Komen, Benda Dah Tular – M Nasir

Tak Nak Komen, Benda Dah Tular – M Nasir

18/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Maestro muzik, Datuk M Nasir tiada masalah apabila lirik lagu popular ciptaannya, Nur Nilam Sari yang didendangkan...

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd