• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

The Shore Oceanarium Melaka Sasar Peningkatan Pengunjung

oleh Ahmad Albab
06/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – The Shore Oceanarium menyasarkan peningkatan antara 10 hingga 20 peratus kedatangan pengunjung ke pusat pameran hidupan akuatik itu tahun ini.

Pusat pameran itu menerima 40,000 pengunjung tahun lepas.

Pengarah Urusannya Chew Chert Fong berkata pelbagai aktiviti baharu diadakan di pusat tumpuan pelancong di negeri itu termasuk pertunjukan Tarian Singa dan Dewa Kekayaan di dalam akuarium utamanya sempena sambutan Tahun Baru Cina selama sembilan hari bermula hari ini.

Chew berkata pertunjukan itu dijalankan dalam dua sesi setiap hari selama 15 minit iaitu 11 pagi bagi pertunjukan Dewa Kekayaan dan 3 petang bagi Tarian Singa.

“Pertunjukan dilakukan empat penyelamat profesional di dalam akuarium sedalam tiga meter dikelilingi 500 ikan pelbagai spesis.

Pertunjukkan ini dijangka mendapat perhatian pengunjung tambahan pula kepercayaan masyarakat Cina bahawa dewa kekayaan membawa ‘ong’ (tuah) kepada mereka terutama menjelang tahun baharu ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata pertunjukan itu diinspirasikan daripada pertunjukan di China dan Australia yang menjadi aktiviti baharu bagi menarik perhatian pengunjung.

Katanya 20,000 pengunjung terawal yang berkunjung ke The Shore Oceanarium bagi menyaksikan pertunjukan itu akan diberi tiket masuk percuma antaranya ke Sky Tower The Shore dan The Shore Oceanarium Melaka. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]T_STBlVZEiE[/wpdevart_youtube]

Tags: The Shore Oceanarium
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

The Shore Perkenal 2 Tarikan Baru Bernilai RM6 Juta

11/12/2016
0

MELAKA - The Shore Shopping Gallery memperkenalkan dua tarikan pelancongan baharu negeri ini - The Shore Toy Museum dan The...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd