• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terima Realiti Belia Tidak Minat Bekerja Di Sektor 3D – Khairy

oleh Ahmad Albab
16/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat harus menerima realiti bahawa masyarakat tempatan, khususnya golongan belia, tidak berminat untuk bekerja dalam sektor 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ini kerana dalam beberapa bidang pekerjaan seperti pembinaan, perladangan dan perkilangan, gaji yang ditawarkan agak rendah dan bebanan kerja yang berat.

“Saya percaya industri sedemikian juga tidak mampu menawarkan gaji yang tinggi, justeru kita tiada pilihan selain terpaksa mengambil pekerja asing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan aplikasi ‘fitness in my pocket’ di sini Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad lepas yang mencabar belia tempatan mengambil alih tempat pekerja asing untuk bekerja di sektor 3D.

Khairy berkata kenyataan Ahmad Zahid itu menjelaskan mengenai realiti mengenai bidang yang tidak diminati rakyat tempatan dan memerlukan pengambilan pekerja asing untuk bekerja di bidang itu.

Baru-baru ini, kerajaan dilapor merancang untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja dari negara Bangladesh yang akan dilaksanakan dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Sementara itu, mengenai aplikasi baharu yang dilancarkan itu, ia dibangunkan oleh eSolved MSC Sdn Bhd yang membolehkan pengguna telefon pintar untuk melatih dan membuat senaman sendiri dengan mudah. – BERNAMA

Tags: BeliaKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hasrat Gadis 14 tahun jadi Ballerina Berhijab Pertama

Next Post

Pusat Transit Beri Harapan Baharu Buat Gelandangan

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

Next Post

Pusat Transit Beri Harapan Baharu Buat Gelandangan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd