Seorang gadis Muslim berharap untuk menjadi penari Balet Profesional pertama yang memakai hijab.
Stephanie Kurlow yang berusia 14 tahun, setelah memeluk Islam pada tahun 2010, dia bercita-cita untuk menjadi penari balet berhijab pertama di dunia.
Pada mulanya, dia merasakan tidak mungkin dan mustahil bagi seseorang yang berhijab untuk berkecimpung dalam bidang tersebut.
Kini, dia bercadang untuk meneruskan misinya untuk menjadi penari balet setelah mendapat inspirasi dari penari balet wanita pertama Afrika-Amerika, Michaela Deprince dan Misty Copeland.


Selain dua penari itu, dia juga menjadikan Amna Al-Haddad dan Noor Tagouri sebagai inspirasi yang mana kedua-dua orang ini pernah muncul di kaca televisyen Amerika Syarikat.


Memetik kata-katanya kepada Daily News, menari baginya seolah-olah terbang di awan-awangan dan dia merasa bebas, apa yang diingini hanyalah untuk berkongsi keunikan.
Juga keindahan seni tari balet dan memberi inspirasi kepada anak-anak muda diluar sana yang tidak berkeyakinan untuk memenuhi impian kerana pakaian yang dipakai, kepercayaan agama atau kekurangan peluang.
Stephanie kini giat mengumpulkan wang untuk menghadiri sekolah sepenuh masa bagi meningkatkan peluang untuk mencapai impian yang diingini.
Antara hasrat lain Stephanie adalah untuk berlatih di Sekolah Balet Sepenuh Masa yang disediakan untuk kanak-kanak perempuan yang teringin untuk berlatih 30-45 jam seminggu supaya boleh menjadi ballerina profesional.
Harapan terbesar dia adalah untuk membuka sekolah balet sendiri, namun ia merasakan itu adalah mustahil. -MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=MYsFBDkH3uQ]