• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Sasar Raih Tajaan Sebanyak RM50 Juta

oleh Ahmad Albab
18/02/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Terengganu menyasarkan mampu meraih penajaan sehingga RM50 juta sebelum akhir tahun ini untuk Tabung Pembangunan Sukan Negeri Terengganu (TPSNT) yang dilancarkan malam tadi.

Bercakap pada sidang media selepas majlis pelancaran itu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata sehingga kini tabung berkenaan berjaya meraih penajaan berjumlah RM23.25 juta termasuk sumbangan RM12 juta daripada kerajaan negeri.

“(Sasaran) ini berdasarkan komitmen daripada kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan serta pihak swasta dan fokus akan diberi kepada empat kluster sukan utama.

“Bagi tahun ini, kita memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk bola sepak, hoki (RM1 juta), berbasikal (RM1 juta) dan kuda lasak sebanyak RM2 juta,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Razif berkata TPSNT akan berfungsi sebagai platform bagi menyelaraskan sumbangan dan tajaan untuk pembangunan sukan di Terengganu.

Katanya tiada had ditetapkan untuk penyaluran dana daripada tabung itu kepada mana-mana sukan di Terengganu namun mereka perlu mempamerkan prestasi cemerlang di samping mengambil kira keperluan kewangan sukan yang berkaitan.

Pada majlis itu, Ahmad Razif turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Terengganu, Yayasan Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu bagi menubuhkan Program ‘Riding School’ di Terengganu.

“Kelas untuk program ini akan bermula seawal bulan depan. Selain itu, kita juga memohon Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mengiktiraf Terengganu sebagai venue bagi sukan kuda lasak untuk Sukan SEA (2017) kerana fasiliti kita sudah mencapai taraf antarabangsa,” kata Ahmad Razif.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Datuk Rozi Mamat yang juga Pengerusi TPSNT menjelaskan bahawa penubuhan tabung berkenaan dijangka dapat meringankan beban kewangan kerajaan negeri dalam menyalurkan dana kepada sukan tertentu.

Beliau turut menjelaskan bahawa peruntukan bagi tabung berkenaan tidak termasuk peruntukan yang ditetapkan untuk aktiviti sukan yang lain seperti persediaan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Sarawak, Julai ini.

Dalam perkembangan berasingan, Rozi memaklumkan bahawa kerajaan negeri Terengganu masih menunggu maklum balas daripada KBS berhubung pembinaan velodrom berbasikal kelas dua di Dungun bagi membolehkan kejohanan di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa dianjurkan di negeri itu.

“Kos pembinaan velodrom itu meningkat dua kali ganda kepada RM10 juta selepas (pihak kontraktor) membuat perubahan pada reka bentuk.

“Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memberi komitmen beliau untuk memastikan pembinaan velodrom berkenaan dapat direalisasikan,” jelas Rozi. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ybh56hoq9b4[/wpdevart_youtube]

Tags: Ahmad Razif Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan BN Terengganu Yang Tunaikan Janji

07/05/2018
0

KUALA NERUS - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dan konsisten menunaikan setiap janji yang dibuat dan bukan sekadar omong...

‘Sea Felda’ Manfaat 2,000 Penduduk Kuala Nerus

06/05/2018
0

KUALA NERUS - Projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) atau "Sea Felda", sebuah kawasan pembangunan bersepadu khusus untuk golongan nelayan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd